Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah DugaanSampel

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

HARI 3 DARIPADA 7

Hampir setiap kali saya berjalan, saya menghadapi beberapa lencongan dan bonggol. Penerbangan ditunda, kereta sewa belum sedia, halangan timbul kerana cuaca buruk, pembinaan yang melambatkan trafik, setiap lampu isyarat bertukar warna merah... senarai itu berterusan. Saya berasa bimbang, kecewa, atau letih, tetapi saya mengharunginya dan tidak membenarkan jalan lencong tersebut menghalang saya daripada sampai ke tempat yang harus ditujui.

Perjalanan kita dengan orang yang dikasihi adalah sama. Sementara kita tidak dapat menentukan lencongan yang bakal dihadapi, kita BOLEH memutuskan cara kita memberikan respons.

Kita tidak dapat mengawal perjalanan orang yang dikasihi, walau betapa kuat pun kita cuba, walau betapa banyak pun kajian yang kita lakukan, walau berapa kali pun kita merayu kepada mereka, walau berapa banyak pun pusat pemulihan yang kita panggil. Itu perjalanan mereka.

Saya berkata daripada pengalaman. Saya pernah cuba mengawal perjalanan suami saya, tetapi saya hanya membuat diri semakin marah dan semakin geram. Saya merayu, mengancam, menjerit, bersikap dingin... katakan saja, saya pernah mencubanya. Akhirnya, saya menginginkannya lebih daripada keinginan suami saya, inilah yang menyebabkan saya berasa geram, marah, risau, takut, pahit, kecewa, dan patah semangat.

Saya inginkan keluarga saya semula. Saya inginkan suami saya semula. Saya inginkan kedamaian. Saya inginkan harapan.

Saya inginkan sukacita.

Namun, saya mendapati satu-satunya perjalanan yang dapat saya kawal ialah perjalanan saya sendiri. Saya layak menemui kedamaian, harapan, dan sukacita walau bagaimana pun perjalanan orang lain—termasuk perjalanan suami saya. Saya boleh memilih untuk menjaga diri sendiri. Saya boleh memilih untuk kekal di atas landasan pemulihan saya.

Saya mesti mengingati bahawa Allah menyertai saya pada setiap lencongan dan bonggol dalam perjalanan saya. Dia sudah mengetahui semua jalan lencong yang saya hadapi. Saya harus mengingati bahawa ini ialah sebahagian daripada rancangan-Nya, sebahagian daripada gambar-Nya yang lebih besar, dan sebahagian daripada tujuan-Nya.

Saya boleh membuat pilihan untuk mempercayai Allah dan mempercayai sukacita.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

Kita mungkin tidak selalu melihat atau merasainya, tetapi Allah sentiasa menyertai kita... walaupun ketika kita menghadapi kesusahan. Dalam pelan ini, Penyelaras Finding Hope Amy LaRue menulis dengan sungguh ikhlas tentang pergelutan keluarganya dengan ketagihan dan bagaimana sukacita Allah telah menembusi waktu mereka yang paling gelap.

More

Kami berterima kasih kepada Hope Is Alive Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.hopeisalive.net