Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah DugaanSampel

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

HARI 1 DARIPADA 7

Pada tahun 2015, saya patah semangat dan takut akan masa depan keluarga saya. Saya tidak tahu apa-apa tentang ketagihan ataupun sama ada suami saya benar-benar kaki botol. Saya hanya mengetahui bahawa saya sengsara, dan betul-betul mempercayai bahawa saya terperangkap dalam hidup yang sengsara ini sepanjang hayat saya.

Allah telah membawa saya untuk perjalanan yang dipenuhi sukacita melalui kepercayaan dalam-Nya dan membenarkan Dia untuk menjadi pembimbing saya. Sekarang ini, saya gembira, berharapan, kuat, dan bersukacita.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya, Bagaimana saya bersukacita apabila suami saya minum alkohol sepanjang hari? Bagaimana saya memiliki sukacita apabila anak perempuan saya dipenjarakan? Bagaimana saya bersukacita apabila anak lelaki saya tiada tempat berteduh?

Mungkin perjalanan anda rasa seperti kembara jalan raya yang tidak kena, dan kini anda tertanya-tanya, Di manakah Allah? Mengapakah kami membuat perjalanan ini? Bagaimanakah saya boleh memiliki sukacita sekarang ini? Saya sudah penat bersembunyi dan berpura-pura bahawa segala-galanya okey.

Selama beberapa tahun, saya mendapati Allah hadir dalam perjalanan ini—berjalan di sisi kita—dan kita menemui sukacita apabila kita menempatkan HARAPAN kita dalam Yesus dan mempercayai Dia.

Nama saya ialah Amy LaRue. Sepanjang beberapa hari seterusnya, saya akan berkongsi cerita saya dan bagaimana saya menemui harapan yang kukuh dalam Yesus. Saya berharap anda akan menemui harapan dalam cerita saya dan menyedari bahawa anda juga boleh bersukacita dalam perjalanan anda.

Hari 2

Perihal Pelan

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

Kita mungkin tidak selalu melihat atau merasainya, tetapi Allah sentiasa menyertai kita... walaupun ketika kita menghadapi kesusahan. Dalam pelan ini, Penyelaras Finding Hope Amy LaRue menulis dengan sungguh ikhlas tentang pergelutan keluarganya dengan ketagihan dan bagaimana sukacita Allah telah menembusi waktu mereka yang paling gelap.

More

Kami berterima kasih kepada Hope Is Alive Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.hopeisalive.net