Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah DugaanSampel

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

HARI 2 DARIPADA 7

Semasa anak saya masih kecil lagi, saya berkongsi gambar keluarga kami berjalan-jalan di taman di media sosial. Gambar itu disukai 117 kali dan mendapat komen standard seperti:

  • Gambar keluarga yang cantik.
  • Gambar ini harus dijadikan iklan
  • Suka sangat!
  • Keluarga harmoni!

Walau bagaimanapun, gambar itu menunjukkan keluarga yang "berpura-pura" sempurna. Jika anda memandang keluarga ini melalui mata saya, anda akan melihat:

  • Seorang ayah yang mungkin atau tidak mabuk.
  • Anak-anak comel yang tidak tahu apa-apa, yang patut mempunyai ibu bapa yang sihat, tetapi tidak mempunyai ayah yang hadir.
  • Seorang ibu yang terluka dan marah, dengan senyuman yang dibuat-buat, berpura-pura memiliki keluarga yang sempurna, berpura-pura gembira. Seorang ibu yang tertanya-tanya jika hidupnya akan beransur pulih, yang tidak dapat memandang suaminya, yang betul-betul berharap hidupnya bertambah baik tetapi tidak yakin keadaannya akan berubah.
  • Sebuah keluarga yang ditimpa ribut ketagihan.

Baru-baru ini, saya berkongsi gambar keluarga saya sekarang ini. Gambar ini pula disukai 150 kali dan menerima komen seperti:

  • Keluarga bahagia
  • Suka sangat keluarga ini.
  • Gambar keluarga yang comel
  • Menakjubkan

Kali ini, gambar ini menunjukkan keluarga yang beransur pulih—dan akan terus meneruskan perjalanan ini. Saya memandangnya dan melihat:

  • Seorang ayah yang hadir dalam hidup anak-anaknya, menghadiri program pemulihan, dan berhubungan dengan penajanya beberapa minit sebelum gambar ini diambil.
  • Anak-anak comel yang melihat ibu bapa mereka yang kini sihat mengejar pemulihan secara aktif melalui pertemuan, kaunseling, dan penajaan.
  • Seorang ibu yang kuat, yang tidak berpura-pura tetapi jujur tentang perasaannya.
  • Seorang suami dan isteri yang berusaha untuk membina kepercayaan dan perkahwinan yang lebih kukuh daripada sebelum ketagihan menimpa.
  • Sebuah keluarga yang saling mengasihi dan menyokong satu sama yang lain, yang sanggup mengakui bahawa mereka tidak sempurna kerana mereka sedang membuat perjalanan pemulihan
  • Sebuah keluarga yang telah menemui kedamaian, harapan, dan sukacita.

Keluarga anda mungkin seperti keluarga yang pertama... benar-benar ingin menemukan kedamaian, harapan, dan sukacita. Atau, seperti keluarga yang kedua… keluarga yang telah menemukan kedamaian, harapan, dan sukacita dan meneruskan perjalanan anda.

Walau anda dapat mengaitkan diri dengan "gambar" yang mana pun, Allah hadir dalam kedua-dua gambar itu.

Allah hadir di lurah dan di puncak. Allah hadir dalam kemenangan dan tragedi. Allah hadir dengan keluarga saya semasa kami berpura-pura, hampir tidak dapat berpaut pada hidup, dan Allah hadir dengan kami sekarang ini semasa kami mengkhabarkan kasih kurnia-Nya melalui kesihatan dan kelemahan kami.

Jika Allah hadir dalam SEMUA situasi, kita boleh betul-betul menerima SUKACITA dalam perjalanan ini kerana SUKACITA kita ada pada Dia.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Joy for the Journey: Finding Hope in the Midst of Trial

Kita mungkin tidak selalu melihat atau merasainya, tetapi Allah sentiasa menyertai kita... walaupun ketika kita menghadapi kesusahan. Dalam pelan ini, Penyelaras Finding Hope Amy LaRue menulis dengan sungguh ikhlas tentang pergelutan keluarganya dengan ketagihan dan bagaimana sukacita Allah telah menembusi waktu mereka yang paling gelap.

More

Kami berterima kasih kepada Hope Is Alive Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.hopeisalive.net