Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis. Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.” Orang Lewi berjalan ke sana sini untuk menenangkan rakyat dan berkata berulang kali, “Janganlah berdukacita pada hari yang khas ini.” Kemudian semua orang itu pulang. Mereka makan dan minum sambil bersukacita, serta membahagikan makanan kepada orang lain, kerana mereka faham akan makna pembacaan yang didengar mereka itu.
Baca NEHEMIA 8
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: NEHEMIA 8:9-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video