IkrarSampel

The Vow

HARI 6 DARIPADA 6

Ikrar Doa

Jason dan Kristy ialah kawan karib yang sudah 10 tahun berkahwin. Mereka kerap mengembara dengan anjing dan empat orang anak mereka, mengharungi air, gunung, dan keluarga. 

Kristy:

"Roh Kudus kami menjemput-Mu ke dalam perkahwinan ini. Kami memerlukan-Mu dalam perkahwinan ini. Kami menjemput-Mu ke majlis perkahwinan kami, ke bulan madu kami, dan kehidupan kami semasa kami balik ke rumah bersama-sama." Segala sesuatu sudah dirancang untuk hari perkahwinan kami. Kemudian, suami baru saya melakukan sesuatu yang tidak dirancang. Dia membisikkan doa tanpa persediaan ini di altar. Saya tidak tahu bahawa doa ini akan bertindak melalui masa dan situasi untuk membawa lebih banyak kebebasan dan berkat daripada yang kami jangkakan. Pada waktu seperti inilah, apabila anda menemui kuasa doa, anda rasa diilhamkan untuk mengangkat keutamaan anda dengan rendah hati dan bersyukur kepada Allah. 

Semakin banyak saya berdoa, semakin saya menyedari bahawa Allah tidak selalunya bertindak menurut haluan doa anda. Walau bagaimanapun, semakin banyak anda berdoa, anda menjadi semakin yakin bahawa Dia sedang bekerja demi kebaikan anda semasa Dia bertindak dalam dan melalui kehidupan anda. Memutuskan untuk berdoa—bersama-sama dan secara berasingan—tidak menjadikan perkahwinan anda mudah atau tidak ada cacat celanya, tetapi ia akan menjadikannya sempurna. Hampir 10 tahun kemudian, doa kami kedengaran seperti ini, "Allah, apakah misi-Mu untuk perkahwinan kami?" 

Jason:

Seperti yang dinyatakan oleh Kristy, saya berikrar untuk menjadikan doa sebahagian daripada perkahwinan kami sejak awal lagi. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada doa saya dipenuhi maklumat untuk Allah. "Hei Allah, Kristy menyusahkan saya hari ini," atau "Hari ini saya marah-marah. Bolehkah Engkau menolong saya?" Ataupun, "Anak lelaki saya diserang asma lagi, rumah perlu dibaiki, van kami memerlukan seorang mekanik, dan kami kekurangan wang sekarang ini, Allah. Engkau tahukah?" Jangan salah faham, saya bersyukur kepada Dia kerana banyak perkara juga, tetapi kesyukuran saya juga dipenuhi maklumat. "Allah, hal ini dan projek itu serta hubungan ini berjalan dengan lancar—terima kasih." Tahukah anda apa yang saya sedari baru-baru ini? Doa tidak bertujuan menyedarkan Allah tentang kehidupan anda, tetapi bertujuan menjadikan kehidupan anda lebih sedar akan Dia. Jadi, sekarang saya berdoa untuk menjadikan perkahwinan saya, keluarga saya, kerja saya, juga hal saya lebih sedar akan-Nya. Saya masih memberitahu Allah tentang keadaan saya kerana kami akrab dan saya suka berkongsi hidup saya dengan-Nya. Namun, sekarang ketika saya berdoa, saya juga membenarkan kebenaran-Nya, hadirat-Nya, dan kasih-Nya untuk berbicara terhadap kehidupan saya tentang siapa Dia itu. Bagaimana? Dengan mendengar. Lain kali semasa anda berdoa, habiskan masa yang sama banyak untuk mendengar sebagaimana anda bercakap. Gunakan kata-kata yang sama banyak untuk memuliakan-Nya sebagaimana anda memaklumkan-Nya. 

Doa: Jika anda sudah berkahwin, berdoalah dengan pasangan anda pada hari ini dengan kuat dan memutuskan masa anda berdua akan berdoa bersama-sama lagi. Jika anda belum berkahwin, sekarang merupakan masa yang baik untuk menjadikan doa satu bahagian yang tetap dalam kehidupan anda. 

Baca perspektif yang lebih salih tentang perkahwinan, seks, dating, dan kebujangan.

Hari 5

Perihal Pelan

The Vow

Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.  

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/