IkrarSampel
Ikrar Keutamaan
Jonathan dan Michelle sudah 10 tahun berkahwin dan rasa mereka paling baik semasa melayani satu sama lain dan bergurau senda dengan kawan.
Jonathan:
"Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku."
Kedengaran mudah. Saya tidak menyembah tuhan agama yang lain. Saya sudah pasti tidak tunduk kepada kuasa rekaan yang lebih tinggi ataupun mengikut ajaran iman yang lain. Bubuh tanda rait. Saya telah mengunci perintah ini. Apa kaitannya dengan perkahwinan?
Nanti dulu. Cuba bacanya seperti ini, "jangan ada benda lain atau orang lain di hadapan Allah.
Tidak meletakkan apa-apa di hadapan Kristus tidaklah senang, tetapi ia adalah untuk kebaikan anda. Apabila keutamaan anda adalah betul—Allah dahulu dan perkahwinan kemudian—keharmonian bukan sahaja wujud dalam perkahwinan anda, malah ada kedamaian, penghiburan, dan keyakinan rohani yang mendalam dalam diri anda yang tidak dapat dihalang.
Michelle:
Terlalu kerap, saya mendapati diri saya menyedari bahawa saya dengan tidak sengaja menempatkan sesuatu yang lain di tempat #1 Allah dan tempat #2 Jonathan kerana kekurangan keutamaan yang jelas! Saya juga pernah memberi keutamaan pada hobi kegemaran saya!
Menempatkan Allah dahulu bermaksud waktu yang disengajakan dengan-Nya, membaca Firman-Nya, mencari-Nya dahulu melebihi segala perkara yang lain. Segala sesuatu! Itu tidak mempengaruhi saya sahaja. Apabila keutamaan saya adalah salah, keperluan saya tidak dipenuhi, akhirnya saya bergantung pada Jonathan untuk memenuhi keperluan tersebut. Pada asasnya, saya memintanya untuk memberi saya keutamaan. Itu tidaklah adil. Hanya Allah boleh memenuhi keperluan saya sepenuhnya. Mujurlah, saya sedang belajar dan mempelajari semula perkahwinan saya hanya mungkin sekuat saya dalam Tuhan. Maka, mengutamakan Allah merupakan satu-satunya cara yang berkesan!
Doa: Allah, apakah yang mendapat keutamaan saya? Tempat kedua? Ketiga? Berikan saya kekuatan untuk berbual dan membuat keputusan yang perlu untuk menetapkan keutamaan saya. Amin.
Perihal Pelan
Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.
More