IkrarSampel
Ikrar Persediaan
Untuk enam hari yang akan datang, anda akan mendengar daripada enam pasangan yang telah membuat ikrar perkahwinan—tetapi bukan ikrar perkahwinan standard sahaja. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaraan, perkongsian, kesucian, dan doa merupakan ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan.
Tyler dan Beth tidak bersedia untuk bertemu melalui pesanan ringkas, tetapi mereka bersedia untuk berkahwin. Apabila mereka bertemu muka akhirnya, anda tahu apa yang berlaku!
Beth:
Apabila dua hati bersatu, ia adalah sesuatu yang indah—tetapi bukan semuanya adalah indah. Hubungan yang sihat memerlukan kejujuran, meskipun tentang bagasi anda. Bagasi saya kelihatan seperti parut emosi daripada perkahwinan sebelumnya. Kepercayaan saya hancur dan ketakutan saya mengembang seperti beg udara. Namun, dalam Yesaya 43:19, Allah memberitahu umat-Nya supaya tidak kenang perkara yang sudah berlalu tetapi memerhatikan perkara baru yang sedang dilakukan-Nya. Saya rasa Allah mempunyai sesuatu yang baru untuk saya juga. Jadi, saya memutuskan untuk bersikap sengaja tentang bersiap sedia.
Saya berdoa. Saya membaca Firman Allah secara tetap. Saya mendengar kawan yang bijak. Saya berjumpa dengan kaunselor. Saya membaca buku tentang penyembuhan. Saya menunggu dengan sabar untuk pengaturan masa Allah.
Sepanjang masa itu, Allah telah menggunakan pengalaman negatif saya dan penyembuhan saya untuk membentuk saya semula. Kemudian, apabila hati saya menemui hati Tyler, kami memang secocok. Saya menyukai cara Dia melakukan itu. Sekarang ini, apabila ketakutan lama cuba menular masuk, saya memiliki keyakinan untuk bercakap tentangnya dan kekuatan untuk melawannya.
Tyler:
Saya mula berdoa untuk bakal isteri saya sejak zaman remaja lagi. Sepanjang masa itu, saya rasa Allah memberikan saya perkataan tertentu untuk dijadikan tumpuan: "kesengajaan," "kesabaran," dan "ketekalan."
Ketika saya menemui Beth, saya sedar dengan cepat bahawa dialah yang telah saya doakan selama ini. Beth sentiasa berterus terang tentang perasaannya dan tentang pergelutannya dan ini membantu saya untuk berterus terang tentang penderitaan lepas saya juga. Kami sentiasa mengingatkan satu sama lain tentang kebenaran yang terkandung dalam Mazmur 147:3 bahawa Allah menyembuhkan orang yang hancur hati. Semasa berpacaran, kami menerapkan tiga perkataan yang telah diberikan kepada saya oleh Allah. Kami saling mencintai dengan kesengajaan, kesabaran, dan ketekalan.
Memanglah menakjubkan untuk mengenang bagaimana Allah telah menyediakan kami bukan untuk perkahwinan sahaja, malah untuk satu sama lain. Ya, saya mendapat perempuan yang saya doakan, tetapi saya terus berdoa kerana persediaan tidak berakhir di altar. Saya berdoa agar Allah terus menyediakan kami dan membentuk kami semula untuk setiap perkara baru yang dilakukan-Nya.
Perihal Pelan
Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.
More