IkrarSampel
Ikrar Kesucian
Semasa James menemui Mandy, ia sedar bahawa Mandy ialah orang yang ingin dikahwininya. Mandy … kurang berminat. Walau bagaimanapun, persahabatan selama beberapa tahun itu berubah menjadi perkahwinan yang menakjubkan. Setahun selepas berkahwin, mereka rasa kesucian adalah salah satu komitmen yang paling penting.
Mandy:
Saya menghadiri gereja semasa membesar, jadi semasa kecil, semua kawan saya bercakap tentang kesucian. Cincin kesucian menjadi kegila-gilaan. Saya menganggap kesucian berkaitan dengan tidak menyerahkan tubuh anda kepada budak lelaki. Bagi saya, itu bermaksud tidak bercium atau melakukan apa-apa yang lain sehingga berkahwin. Saya fikir banyak orang memandang kesucian seperti ini. Kesucian bermaksud tidak melakukan apa-apa dari segi fizikal. Sejak itu, saya telah mendapat tahu bahawa kesucian adalah lebih daripada itu. Kesucian adalah tentang hati anda.
Kesucian kurang berkaitan dengan tidak melakukan sesuatu, dan lebih berkaitan dengan melakukan sesuatu. Waktu James dan saya berpacaran, daripada mengelakkan daripada sesuatu, kami memilih untuk mengejar Kristus terlebih dahulu. Apabila anda betul-betul mencari Allah dengan sepenuh hati, Dia membantu anda untuk kekal suci. Sesudah kami berkahwin, kami masihlah suci. Namun, ini tidak bermaksud kami menahan diri! Saya tidak akan lupa akan satu peristiwa semasa bulan madu kami. Dipenuhi emosi, saya sedar betapa sucinya perkahwinan. Saya memandang James, dan berkata, "Saya faham sekarang ini, lebih daripada sebelumnya. Memilih kesucian memanglah berbaloi." Maka, meskipun anda telah membuat kesilapan, anda masih boleh memilih kesucian kerana kesucian adalah tentang mengejar Kristus dengan sepenuh hati. Saya berjanji—ia memang berbaloi.
James:
Tidak seperti Mandy, saya tidak pergi ke gereja semasa membesar. Kesucian adalah cabaran yang besar. Semasa zaman remaja saya, saya mempunyai pandangan yang tidak sihat terhadap perempuan dan mempunyai hubungan yang membinasa dengan pornografi. Selepas menghabiskan persekolahan menengah, saya menyerahkan hidup saya kepada Kristus. Saya ingin mengahwini seseorang yang mengejar Yesus dengan sepenuh hati. Saya menyedari memenangi hati perempuan seperti itu bermaksud saya perlu mengejar Yesus dengan taat. Jadi, saya mengubah tetapan telefon saya untuk membenarkan akses ke laman web yang diperlukan untuk kerja sahaja. Saya juga mempunyai seorang kawan rapat yang sentiasa bertanya khabar saya. Pastor saya, Craig Groeschel, menyatakannya dengan baik, "Mengapa menahan godaan esok yang boleh dihapuskan pada hari ini?" Selepas setahun berkahwin, Mandy dan saya menyedari ikrar kesucian masihlah sepenting hari ini seperti sebelum kami bertemu. Seperti yang dikatakan oleh Mandy, memanglah berbaloi.
Beritahu seseorang: Jika anda bergelut dengan kesucian sama ada anda sudah berkahwin atau belum berkahwin, hari ini ialah hari anda berterus terang dengan orang yang dikasihi dan dihormati. Rasa malu bertambah mendalam dalam kegelapan, tetapi anda telah dibebaskan oleh terang dunia!
Perihal Pelan
Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.
More