IkrarSampel

The Vow

HARI 3 DARIPADA 6

Ikrar Pengejaran

Ryan dan Ashia berpacaran sejak sekolah menengah. Selepas tiga tahun berpacaran, mereka berkahwin 5 bulan sebelum menulis bahan renungan hari ini tentang pengejaran bersama!

Ryan:

Perkara pertama yang saya belajar dalam perkahwinan adalah pengejaran tidak berhenti di altar. Saya sentiasa memberitahu diri semasa membesar bahawa saya tidak akan menjadi orang gila kerja yang tidak meluangkan masa dengan keluarganya. Saya tidak sedar betapa mudahnya masuk ke dalam perangkap itu. Beberapa minggu selepas berkahwin, saya perlu belajar untuk tidak membawa kekecewaan kerja, senarai tugas, dan juga komputer saya pulang ke rumah. Saya mula berdoa dalam perjalanan pulang untuk pertolongan Allah agar memperlahankan diri saya dan dengan sengaja mengalihkan fikiran dan hati saya daripada kerja saya kepada isteri saya. Keliru antara isteri dan kerja—tidak berhasil. Terlalu senang untuk memberitahu diri, "Isteri saya akan sentiasa ada bersama dengan saya. Saya perlu menumpukan perhatian pada kerja sekarang ini supaya saya boleh berseronok-seronok bersama dengan isteri saya kemudian." Walau bagaimanapun, apa yang anda hargai dan kejar sekarang akan menjadi destinasi anda. Yesus mengajar dalam Matius 6:21 bahawa di mana harta anda berada, di situ juga hati anda berada. Ikrar Pengejaran bermaksud menyedari di mana harta anda dan tidak putus asa untuk mencarinya. 

Ashia:

Bagi Ryan dan saya, perkahwinan memberikan kami seorang rakan akauntabiliti tersedia untuk memastikan hati kami sentiasa mengejar Allah. Kami mencabar satu sama lain dengan tetap untuk menyemarakkan rasa kasih dan semangat kepada Allah dan Firman-Nya. Akibatknya, keinginan saya untuk mengejar Ryan bertambah. Pada masa yang sama, saya melihat hatinya buka dengan kasih sayang dan keghairahan terhadap saya. Ikrar untuk mengejar Allah ini, kemudian mengejar satu sama lain, menjadikan berpacaran lebih seronok dan mengukuhkan perkahwinan kami.

Kedengaran sempurna, bukan? Beberapa bulan selepas berkahwin kami menyedari kami tidak sebaik yang diharapkan. Saya mendapati diri ingin mengejar Ryan dengan memenuhi semua keperluannya. Kemudian, saya berubah ke haluan bertentangan, cuba menjaga diri sendiri. Kitaran ini melukakan hati dan tidak berakhir sehingga saya mengingati cabaran kami untuk mengejar Allah terlebih dahulu. Apabila saya mengejar Allah, Dia akan menimbulkan keinginan dalam saya untuk melayani dan mengejar Ryan. Apabila saya mempercayai Allah dan Ryan, saya mendapati keperluan saya dipenuhi. Ia merupakan pengejaran sebelah-menyebelah. Memparafrasakan Rasul Paulus daripada Filipi 1:27, Ryan dan saya berdiri teguh dan berjuang dengan satu tujuan dan satu keinginan, untuk iman yang berdasarkan Berita Baik itu. Bagaimana semua pengejaran ini menjadi berkesan? Kerana Allah mengejar kami terlebih dahulu. 

Merancang Sesuatu: Jika anda sudah berkahwin, rancanglah janji temu, makan tengah hari, ataupun perbualan untuk menghidupkan semula pengejaran. Jika anda belum berkahwin, tuliskan rupa mengejar Allah dan satu sama lain yang anda harapkan dalam perkahwinan anda. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Vow

Dalam Pelan Alkitab Life.Church ini, enam pasangan menulis tentang enam ikrar perkahwinan yang tidak dilafazkan secara rasmi di altar. Ikrar persediaan, keutamaan, pengejaran, perkongsian, kesucian, dan doa ini adalah ikrar yang menjadikan perkahwinan teguh lama selepas majlis perkahwinan. Sama ada anda sudah berkahwin atau berfikir-fikir tentang perkahwinan, sudah tiba masanya untuk berikrar.  

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/