SATU PERKARASampel

ONE THING

HARI 6 DARIPADA 7

Hari ini, kita menumpukan perhatian pada maksud MEMINTA BIMBINGANNYA. Parafrasa MSG menggunakan istilah “study at His feet (menyelidik dekat kaki-Nya)”. Ini merupakan penjelasan yang agak baik tentang orang yang mempunyai fokus yang tunggal, atau mengejar SATU PERKARA itu.

Kita mesti menyelidik.

Saya sering memberitahu jemaat kami tidaklah baik untuk menerima sesuatu kerana anda mendengarnya dalam khutbah. Anda perlu menemui firman Allah untuk diri sendiri. Kita harus menjadi umat yang rela belajar.

Terdapat 5 cara utama untuk belajar:

‌Visual (melihat)

‌Auditori (mendengar)

‌Menulis (mencatatkan nota, menuliskan tugas)

‌Kinestetik (aplikasi praktikal)

‌Multimodal (ringkasnya, gabungan semua cara di atas)

Saya percaya cara terbaik untuk belajar atau bertumbuh dalam iman kita ialah melalui pembelajaran multimodal. Bukan satu perkara sahaja yang akan menolong memperbaik kualiti iman anda, tetapi gabungan yang berikut:

Melibatkan diri dalam kitab suci (visual)

‌Mendengar pengajaran (auditori)

‌Penyembahan & Doa (menulis / lisan)

Mengerjakan Iman (kinestetik)

‌Orang percaya yang serba boleh akan menjalankan hidup yang seimbang dalam semua lingkungan tersebut. Semakin banyak kita menyelidik, semakin banyak wahyu yang kita peroleh. Kita berfikir jika kita membaca Alkitab, kita akan memperoleh segala sesuatu yang diperlukan. Namun, sering kali, kita memperoleh iman yang dangkal jika kita tidak memahami apa yang dibaca itu.

Richard Baxter berkata, 'Roh Kudus tidak bertujuan memberitahu kamu maksud Kitab Suci dan memberikan kamu pengetahuan tentang Tuhan, tanpa penyelidikan dan usaha kamu, tetapi Dia memberkati penyelidikan kamu, dan dengan itu memberikan kamu pengetahuan … Menolak penyelidikan dengan alasan kecukupan Roh Kudus bermaksud menolak Kitab Suci sama sekali.'

Kita harus menanya diri 3 soalan utama:

  1. Apakah yang kita pelajari?
  2. Di manakah kita belajar?
  3. Siapakah yang mengajar kita?

Terdapat banyak sumber yang tersedia untuk orang percaya untuk mengembangkan dan membangunkan iman mereka, daripada sekolah Alkitab dalam talian kepada kursus jangka pendek, daripada komentari kepada siri pengajaran.

Pada akhirnya, kitalah yang menentukannya. Adakah kita betul-betul inginkan pertumbuhan? Jika ya, kita harus berusaha.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

ONE THING

Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.harvestchurch.org.au/onething