SATU PERKARASampel

ONE THING

HARI 5 DARIPADA 7

Mazmur 27:4 menggariskan tindakan dan permintaan Raja Daud terhadap Tuhan. Salah satu faedah yang dikejarnya ialah keupayaan MENYAKSIKAN segala kebaikan Tuhan.

Saya pernah mengunjungi Australian National Museum dengan keluarga saya. Kami melihat banyak barang pameran dan paparan, lukisan dan seni kerja, tetapi hanya ada satu bahan pameran yang saya ingin lihat, iaitu Water Lilies oleh Claude Monet. Saya sempat duduk di depan lukisan itu untuk seketika, kira-kira 10-15 minit. Saya merenung lukisan itu. Sesungguhnya seni kerja yang indah.

Namun, sungguh indah lagi Tuhan!

Kita mengetahui ini tetapi kita kerap membenarkan perkara lain untuk mengaburkan pandangan kita dan menghalang pandangan kita. Kadang kala kita hanya melihat dari segi semula jadi daripada memandang dengan mata iman. Abraham dan Lot mempunyai pengalaman yang sama.

Lot memandang dengan mata semula jadinya bahawa sesuatu itu indah, dan memilih bahagian lembah itu. Walau bagaimanapun, Abraham melihat melewati itu. Ia melihat dengan beriman perkara yang tidak dapat dilihat secara semula jadi.

Penglihatan semula jadi saya mula merosot. Semasa saya bertambah tua, penglihatan saya menjadi lebih teruk. Namun, demi melihat dengan jelas, saya mesti memakai kanta mata. Ada kanta rabun jauh dan rabun dekat. Demikian juga berkenaan penglihatan rohani kita.

Kita mesti mengenakan kanta yang betul untuk memperoleh penglihatan yang jelas.

5 KANTA yang harus dikenakan untuk penglihatan kita:

KEBENARAN - Kanta Kitab Suci

Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang dilihat. Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.

KEHADIRAN - Kanta Penyembahan

‌Semakin banyak kita memuji, semakin terbukanya mata kita terhadap kemuliaan-Nya. Kita telah dicipta untuk menyembah Allah. Kehidupan kita mengalir daripada itu.

DOA - Kanta Hubungan

‌Apabila anda akrab dengan seseorang, anda mempunyai perspektif yang berbeza daripada orang yang hanya pernah dengar tentang orang itu. Hubungan, terutamanya hubungan dengan Bapa syurgawi kita, terjalin dengan menjadikan-Nya keutamaan kita.

KEUTAMAAN - Kanta Masa

‌Cara anda menghabiskan masa anda mencerminkan keutamaan anda. Adakah anda berhenti dan MENYAKSIKAN keindahan Yesus?

IMAN - Kanta Kepercayaan

‌Semua ini berbalik kepada cara anda memandang Allah. Adakah kita mempercayai Dia sepenuhnya?

Lima kanta tersebutlah yang menolong kita untuk melihat dan MENYAKSIKAN keindahan Tuhan. Menjauhi gangguan. Berupaya menjadikan SATU PERKARA itu perkara yang paling penting.

Charles Spurgeon berkata, 'Kadang-kadang saya suka berhenti berdoa, dan duduk diam-diam, hanya memandang ke atas sehinggalah jiwa saya melihat Tuhan.'

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

ONE THING

Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.harvestchurch.org.au/onething