SATU PERKARASampel
Semasa membongkar SATU PERKARA yang paling penting itu, kita beralih kepada komponen seterusnya dalam Mazmur 27:4 - MINTA.
Hanya satu sahaja yang aku MINTA.
Sejurus selepas Yesus mengajar murid-murid-Nya cara berdoa, Dia menarik minat mereka dengan cerita tentang seorang lelaki yang memerlukan sesuatu daripada jirannya dan tidak berhenti mengetuk sehingga jirannya mengalah kepada permintaannya. Orang yang mencari menemui. Sebab ia memperoleh ialah kebiadabannya, atau keberaniannya.
Kita semua mencari sesuatu, tetapi apakah yang betul-betul dicari itu?
Kita sering mencari keuntungan atau keinginan diri. Sesetengahnya baik dan sesetengahnya mementingkan diri, tetapi tiada yang setanding mencari SATU PERKARA itu.
Mazmur 14:2 menyatakan bahawa Allah memandang dari syurga kepada kita untuk melihat kalau ada yang mencari-Nya.
Cara terbaik untuk mencari Allah ialah mencari Dia dalam Firman-Nya. Jika anda mencari jawapan, kebijaksanaan, pimpinan, haluan, atau kepercayaan - semuanya ditemui dalam Alkitab.
Semasa kita membaca firman, firman itu menjadi lebih daripada kata-kata pada halaman kertas. Kata-kata itu ialah firman yang hidup dan berkuasa daripada Allah yang memanggil kita untuk mengikut-Nya. Cara terbaik untuk mengikut Allah ialah menghabiskan masa bersama dengan Dia. Setiap kali kita membuka kitab, kita menghabiskan masa dengan penulisnya.
Berkenaan membaca Firman, yang berikut merupakan beberapa petua untuk menolong anda:
- Berdoa dahulu - meminta Allah untuk menyatakan diri-Nya kepada anda melalui kata-kata yang dibaca itu
- Tetap tekal - membaca dan mengkaji pada masa yang sama setiap hari
- Bersikap spontan - mencari waktu tambahan untuk membuka Firman
- Menghabiskan masa yang lebih banyak - semakin banyak masa yang dihabiskan bersama dengan Allah dalam Firman-Nya, semakin anda ingin berbuat demikian
- Jurnal - menuliskan fikiran utama dan doa daripada bacaan hari itu
- Merenungi - biarlah Firman meresapi anda sepanjang hari
- Menggunakan pelbagai alat kajian Alkitab - ini akan menolong membongkar kebenaran Firman Allah
Jika anda betul-betul ingin mencari Dia, Dia akan ditemui (Yeremia 29:13).
‘Jangan meminta pengalaman, tetapi carilah Dia, mintalah untuk mengenal Dia, mintalah untuk menyedari kehadiran-Nya, mintalah untuk mengasihi Dia. Mintalah untuk mati terhadap diri dan segala sesuatu, agar anda hidup sepenuhnya dalam Dia dan demi Dia serta memberikan diri sepenuhnya kepada Dia. Jika Dia berada di tengah-tengah, anda akan selamat.' - David Martyn Lloyd-Jones
Perihal Pelan
Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.
More