SATU PERKARASampel
Saya tidak tahu tentang anda, tetapi perhatian saya mudah dialihkan. Ada banyak perkara yang sedang berlaku. Pernahkah anda mengambil telefon anda untuk membaca pelan Alkitab tetapi melihat pemberitahuan bahawa seseorang yang tidak dikenali telah meninggalkan komen di hantaran Instagram anda, dan tiba-tiba anda menghabiskan 47 minit untuk melihat meme? Anda terlupa tentang pelan Alkitab anda? Saya pernah!
Sebagai manusia, perhatian kita mudah dialihkan sekarang ini berbanding dahulu. Statistik membuktikan bahawa sepanjang 20 tahun yang lepas, bidang perhatian purata telah berkurang sebanyak 50%. Sungguh menakjubkan.
AW Tozer berkata dalam bukunya, The Set of the Sail:
'Antara musuh renungan tiada yang lebih mendatangkan keburukan daripada gangguan. Walau apa pun yang menimbulkan rasa ingin tahu, menyimpangkan fikiran, membimbangkan hati, menyerap minat atau mengalihkan tumpuan hidup kita daripada kerajaan Allah dalam kita kepada dunia di sekeliling kita—itulah gangguan; dan dunia ini dipenuhi gangguan. Peradaban berdasarkan sains kita telah memberikan banyak faedah tetapi juga menggandakan gangguan kita lalu merampas lebih banyak daripada yang diberikan...
'Ubat untuk gangguan adalah sama sekarang ini seperti pada zaman dahulu yang lebih mudah, iaitu, doa, renungan dan pemupukan kehidupan dalaman. Pemazmur berkata, "Diamlah dan ketahuilah," dan Kristus memberitahu kita untuk masuk ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoa kepada Bapa. Ini masih berhasil...
'Gangguan mesti dikalahkan jika tidak gangguan akan mengalahkan kita. Maka, marilah kita memupuk kesederhanaan; marilah kita berjalan bersama dengan Roh Kudus; marilah kita memenuhi fikiran kita dengan Firman Allah dan hati kita dengan pujian. Dengan demikian, kita dapat hidup dengan damai meskipun dalam dunia yang kucar-kacir seperti ini. "Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu.”'
Oleh itu, bagaimanakah kita harus hidup?
Jawapannya ditemui dalam Mazmur 27:4.
Kita harus menumpukan semula perhatian pada SATU PERKARA. SATU PERKARA yang paling penting.
Apabila Marta mengadu kepada Yesus bahawa Maria tidak menolongnya, ia amat gelabah, bingung, dan kecewa. Namun, Yesus menegaskan bahawa Maria telah memilih untuk menumpukan perhatian pada SATU PERKARA.
APAKAH SATU PERKARA ANDA?
Sepanjang beberapa hari seterusnya, kita akan menerokai 5 unsur utama untuk menolong kita menemui semula SATU PERKARA itu.
Perihal Pelan
Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.
More