SATU PERKARASampel
Mazmur 27:4 menyenaraikan beberapa kunci kehidupan yang menakjubkan untuk menolong kita dalam perjalanan kita untuk memperlahankan diri dalam dunia yang berentak pantas ini.
Yang pertama ialah MEMOHON.
BAGAIMANAKAH kita memohon?
SIAPAKAH yang kita bermohon?
APAKAH yang kita mohon?
Saya percaya bahawa Allah mendengar doa kita, semuanya. Dia cuma tidak selalu menjawab doa kita menurut kehendak kita. Ada kalanya, kita mendoakan perkara yang salah. Kita mengucapkan doa yang mementingkan diri yang hanya memanfaatkan diri dan tiada tujuan kekal.
NT Wright menyatakan: 'Namun, bagi kebanyakan daripada kita, masalahnya bukan kita teringin sangat memohon perkara yang salah. Masalahnya ialah kita tidak berminat sangat untuk memohon perkara yang betul.'
Alkitab betul-betul mengajar kita untuk MEMOHON.
Kitab Ester mengisahkan cerita tentang satu permohonan yang berani. Seorang permaisuri muda yang memasuki bilik raja tanpa izin. Namun, ia masuk juga. Raja itu bukan sahaja memaafkannya malah mengabulkan permohonannya.
Kita harus belajar cara mendekati Allah dalam doa. Dengan berani, rendah diri, pemahaman bahawa itu rumah-Nya, bukan rumah kita, dan adanya peraturan. Yang berikut merupakan panduan ringkas tentang mendekati Allah dalam doa:
MENDEKATI - Memasuki kehadiran-Nya
MENGAKUI - Curahkan hati anda dan memohon pengampunan
MEMAAFI - Orang lain
MENYEMBAH - Habiskan masa untuk memuliakan dan meninggikan nama-Nya (pujian, pemujaan, kesyukuran)
MEMOHON - Tujuan Kerajaan ('datanglah kerajaan-Mu')
MEMOHON - Pertumbuhan kendiri ('memurnikan saya seperti emas')
MENGANTARAI - Petisyen, keperluan, keluarga, pemimpin, pastor, komuniti, & permintaan khusus
MERENUNGI - Firman
KESYUKURAN - Memuji Allah kerana semua perkara yang telah dan akan dilakukan oleh Dia
Ini merupakan cara yang baik untuk mendekati Allah, kerana ini menetapkan Dia sebagai keutamaan daripada permohonan kita.
Yang berikut ialah beberapa cadangan perkara yang kita boleh mohon daripada Allah:
- Negara
- Kebijaksanaan
- Penyembuhan
- Pengampunan
- Pembebasan
- Pembebasan daripada kerisauan
- Kehendak Allah terlaksana
Edward Marbury berkata, 'Manusia tidak dapat mempercayai tanpa meminta, ia tidak juga dapat meminta tanpa mempercayai.'
Doa yang tidak diucapkan tidak dijawab.
Apakah yang kita mohon daripada Tuhan? Kerana kita MESTI memohon.
Perihal Pelan
Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden sekarang ini? Bagaimanakah kita memperlahankan diri dalam persekitaran yang serba cepat ini? Mazmur 27:4 merangkumi jawapannya – SATU PERKARA, dengan Ps Andrew Cartledge.
More