Menyembah AllahSampel

Worshipping God

HARI 6 DARIPADA 6

Kurnia Rohani dan Penyembahan

Apabila kurnia menyampaikan perkhabaran daripada Allah dan bertutur dalam pelbagai lidah digunakan di gereja, pertaubatan berlaku. Apabila Yesus melaksanakan mukjizat, Dia akan berkata, "Pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu." Tidak perlu tokok tambah dan berpura-pura.

Kurnia rohani yang benar bermakna mukjizat tidak diragui; penyembuhan tidak disangsikan—dan orang akan bertaubat.

Meskipun kurnia tersebut digunakan tanpa keraguan, tidak semua orang Kristian memilikinya. Semua orang memiliki kurnia yang berbeza, dan setiap kurnia yang diberikan oleh Allah kepada kita menurut kehendak-Nya adalah sama penting dalam tubuh Kristus. Dalam tubuh fizikal kita, jika jari kaki kita sakit, kita akan sengsara sepanjang hari. Bahagian tubuh yang paling kecil boleh mempengaruhi seluruh tubuh.

Apabila kita ke syurga, penghargaan di sana tidak sama dengan penghargaan duniawi. Di syurga, orang yang merupakan jari kaki kecil dalam tubuh itu akan diganjar sebanyak mata jika bahagian itu setia melaksanakan tugasnya.

Hari 5

Perihal Pelan

Worshipping God

Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.)

More

Kami berterima kasih kepada R. T. Kendall dan Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/kendallkindle