Menyembah AllahSampel

Worshipping God

HARI 4 DARIPADA 6

Menyembah dengan Seluruh Personaliti

Semasa kita bercakap tentang dorongan Roh Kudus, dari sesetengah segi kita bercakap tentang perasaan. Saya mengakui bahawa ini adalah bahaya, kerana perasaan boleh membuat orang untuk melakukan perkara yang aneh.

Orang yang terlalu hemat, terdorong oleh perasaan bersalah, mungkin cuba membetulkan tindakan salah yang bodoh dengan sesuatu yang mereka rasa ialah kehendak Allah. Seseorang itu mungkin membayangkan bahawa ia merasai dorongan Roh sementara ia menggunakan usaha manusia untuk menebus kegagalan lalu. Dorongan Roh, apabila ditaati, sentiasa membawa kepada kedamaian yang amat mendalam.

Memanglah mudah untuk berfikir bahawa satu-satunya rangsangan yang penting ialah kecemerlangan atau kedalaman serebrum. Walau bagaimanapun, Allah ingin berkomunikasi dengan kita bukan pada tahap intelektual sahaja. Allah ingin berkomunikasi dengan seluruh peribadi kita—emosi dan deria kita serta minda kita.

Penyembahan yang sebenar berlaku apabila kita tidak takut untuk menyatakan perasaan kita. Penyembahan seharusnya membuat kita berterus terang. Kita tidak pernah perlu menahan perasaan kita dengan Yesus. Dia tidak akan memarahi kita kerana kejujuran kita. Ini tidak bermaksud kita adalah betul, tetapi jika kita berterus terang, Dia boleh menolong kita dan membuat kita melihat kesalahan serta menghadapi kebenaran.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Worshipping God

Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.)

More

Kami berterima kasih kepada R. T. Kendall dan Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/kendallkindle