Menyembah AllahSampel
Bagaimana Mengamalkan Penyembahan yang Hidup
Kita mesti membenarkan Allah untuk menjadi diri-Nya dalam kita. Ini bermakna kita mesti membenarkan Dia menjadi diri-Nya dalam orang lain juga. Kita tidak harus menilai gaya penyembahan orang lain.
Walau bagaimanapun, penyembahan elitis atau yang diletakkan ke tahap hiburan popular, penyembahan yang bersifat beremosi atau estetik ialah penyembahan pada nama sahaja. Penyembahan ini memiliki bentuk luaran tanpa realitinya. Hal yang kita inginkan ialah penyembahan yang hidup. Namun, bagaimanakah penyembahan yang hidup terbentuk?
Gereja kita tidak harus menjadi tempat di mana orang yang penuh dosa datang pada hari Ahad kerana mereka "menyukai penyembahan" kita. Gereja kita seharusnya menjadi tempat di mana orang yang penuh dosa rasa tidak selesa kerana Roh Kuduslah yang penting dan diutamakan. Prinsip pengawal kita mestilah ketaatan terhadap Roh—walau ke mana pun Roh memimpin kita.
Mazmur 37:4 adalah benar bagi semua orang, walau siapa pun kita ini atau apa pun yang kita inginkan. Namun, apabila kita mencari kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, sesetengah daripada keinginan kita mungkin pudar dan digantikan dengan cita-cita yang baru. Maka, kita tidak harus membayangkan matlamat yang pasti berkenaan bentuk penyembahan yang mesti diamalkan. Terlebih dahulu, kita mesti memastikan bahawa kita mencari kebahagiaan yang datang daripada Tuhan, kemudian melihat apa yang dilakukan oleh Allah.
Kitab
Perihal Pelan
Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.)
More