Menyembah AllahSampel

Worshipping God

HARI 1 DARIPADA 6

Penyembahan Gaya Hidup

Semasa saya menjadi pemain obo dalam orkestra simfoni, saya menyedari bahawa apabila pemimpin orkestra memilih lagu, ia mahu setiap anggota untuk berlatih sepanjang minggu itu. Maka, saya akan membawa skor muzik itu pulang. Betapa baiknya persembahan orkestra itu semasa latihan seterusnya bergantung pada cara setiap anggota memainkan bahagian masing-masing.

Demikianlah dengan penyembahan. Jika kita hipokrit, jika pengkhabaran iman kita kekurangan realiti, semasa kita ke gereja untuk bernyanyi dan menyembah, kita akan berbunyi sumbang dan tidak menghasilkan irama yang menyenangkan hati Allah.

Diri kita secara individu, 24 jam sehari, adalah lebih penting daripada apa yang berlaku di gereja setiap minggu. Rahsia penyembahan yang boleh diterima terletak pada keadaan kita di rumah atau di tempat kerja, dan semasa kita bersendirian dan tiada orang yang mengetahui apa yang sedang kita lakukan. Rahsianya terletak pada gaya hidup menyeluruh kita.

Cara kita menghindari diri daripada menjadi hipokrit enam hari dalam seminggu ialah menerapkan Firman Allah dalam hidup kita. Demi berbuat demikian, kita mesti melarang semua kepahitan daripada hidup kita. Kita mesti berusaha untuk dipenuhi kasih dan pengampunan serta penerimaan menyeluruh antara satu sama yang lain. Kita mesti menjalankan hidup berkorban, menghabiskan setiap waktu untuk mengasihi dan melayani Allah dalam kekudusan, kerendahan hati, dan doa.

Hari 2

Perihal Pelan

Worshipping God

Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.)

More

Kami berterima kasih kepada R. T. Kendall dan Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/kendallkindle