Menyembah AllahSampel

Worshipping God

HARI 2 DARIPADA 6

Doa yang Dipenuhi Roh

Pastor yang masyhur, Arthur Blessitt, bercerita tentang sebuah gereja yang memutuskan untuk bertemu pada suatu petang Sabtu untuk mendoakan kebangkitan. Lebih kurang 40 orang lelaki datang, duduk dalam bentuk bulatan, dan mula berdoa.

Namun, hadirat Allah tidak dirasai.

Kebetulan pada waktu itu, Arthur memandang ke luar tingkap, dan melihat sebuah restoran bertentangan dengan gereja. Ia tiba-tiba tergerak hati untuk bangun dan pergi ke restoran itu, lalu ia pun berbuat demikian.

Ia berdiri di pintu restoran itu dan berkata, "Adakah sesiapa yang ingin diselamatkan?"

Seorang pelayan perempuan berkata, "Saya."

Maka, Arthur menjelaskan injil kepadanya, dan memimpinnya untuk mempercayai Tuhan.

Sesudah itu, Arthur menanya jika sesiapa dari gerejanya pernah bercakap kepadanya tentang Yesus Kristus atau menjemputnya ke gereja.

Balasnya, "Tidak seorang pun."

Namun, orang tersebutlah yang sedang mendoakan kebangkitan.

Jangan mengehadkan Roh Kudus dengan menganggap bahawa pola penyembahan anda yang biasa dan selesa ialah pola yang diingini-Nya. Empat puluh orang lelaki itu harus mengeluarkan diri daripada kematian mereka. Penyembahan dan doa di bawah dorongan Roh Kudus bermaksud mengikuti Roh Kudus.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Worshipping God

Setiap bacaan harian memberikan wawasan tentang cara menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan dan akan mengilhami pembaca untuk menumpukan hati mereka sepenuhnya pada hubungan mereka dengan Kristus. Renungan ini adalah berdasarkan buku R. T. Kendall, Worshipping God. (R. T. Kendall merupakan pastor Westminster Chapel di London, England, selama 25 tahun.)

More

Kami berterima kasih kepada R. T. Kendall dan Charisma House kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/kendallkindle