Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel
Menurunkan Legasi
Tugas kita sebagai pengurus yang bijak ialah menurunkan kekayaan kita–semua bentuk kekayaan–kepada generasi akan datang. Menurunkan kekayaan kewangan ialah bentuk modal yang paling mudah diturunkan, namun, dalam kebanyakan keadaan seharusnya menjadi bentuk modal terakhir yang harus diturunkan kerana bahaya yang wujud.
Saya tahu banyak orang yang sedang membaca ini tidak menganggap diri sebagai kaya dari segi kewangan, dan ini tidak apa. Kita semua ialah pengurus cerita yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Itu merupakan cerita yang baik. Terdapat beberapa unsur penderitaan dan sukacita yang besar. Walau bagaimanapun, itu jugalah cerita kita. Cerita tentang penebusan dan harapan.
Izinkan saya untuk berbicara sebagai seorang bapa, juga datuk, kepada orang yang sedang membaca ini. Panggilan kita pada zaman ini ialah memelihara dan menurunkan cerita kita–legasi kita–kepada generasi akan datang. Anak kita. Cucu kita. Cicit kita. Juga kanak-kanak yang tidak mungkin mengenali atau melihat kita.
Saya fikir Allah memang bermaksud agar kita memberitahu generasi seterusnya, dan mereka juga terus berbuat demikian. Ini seharusnya cerita yang berterusan. Yang berikut ialah seruan lantang kita: jika kita memulihkan idea ini–jika kita mengabdikan hidup kita kepada idea menurunkan kekayaan kepada generasi akan datang–maka, kita akan memperoleh segala-galanya semula dalam bentuk generasi akan datang yang masih mengikuti Kristus secara taat.
Mungkin untuk saat seperti inilah Allah memanggil lelaki, perempuan, dan kanak-kanak untuk melaksanakan ini–untuk hidup demi idea yang lebih besar daripada diri sendiri dan melabur dalam perkara yang lebih besar daripada diri sendiri. Jika kita berbuat demikian, kita akan membawa perubahan yang kekal dan harapan kepada dunia kita.
Aplikasi: Diilhami kajian renungan ialah satu perkara, tetapi menyiapkannya ialah satu perkara yang lain. Apakah yang boleh anda lakukan untuk menjadikan legasi anda itu keutamaan hidup anda?
Pelan bacaan ini adalah berdasarkan buku, Giving It All Away. . . and Getting It All Back Again, oleh David Green, CEO dan pengasas Hobby Lobby. Tempahlah buku ini dalam talian. www.mardel.com/david_green
Kitab
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda.
More