Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

HARI 1 DARIPADA 9

Legasi yang Lama Bertahan

Soalan adalah berbeza pada peringkat hidup yang berbeza. Dalam umur dua puluhan kita cenderung bertanya, "Siapakah yang saya akan kahwini dan apakah kerjaya saya?" Dalam umur tiga puluhan kita mula bertanya, "Bagaimanakah saya boleh menjadi mapan dalam kerjaya saya, dan apakah yang akan terjadi kepada anak saya?”

Menjelang umur empat puluhan kita mula bertanya, "Adakah kerja ini betul-betul sesuatu yang saya mahu, dan mengapakah hidup ini begitu susah?" Dalam umur lima puluhan, kita mula memandang dahulu dan masa depan: "Bagaimana hidup saya setakat ini, dan apakah yang akan saya lakukan yang penting dalam 25 tahun yang seterusnya?”

Menjelang umur enam puluhan, kita mengajukan soalan yang mudah seperti, "Adakah saya akan tetap sihat, dan bilakah saya akan bertemu dengan cucu saya?" Menjelang umur tujuh puluhan, kita betul-betul mula mengenang semula dan bertanya, "Adakah semua itu berbaloi, atau adakah sesiapa yang ingat?"

Dalam umur lapan puluhan, berkemungkinan besar milikan kita kurang bersinar. Sebaliknya, perkara yang menggembirakan kita ialah perkara yang tidak ketara:

  • Panggilan daripada seorang kawan
  • Sentuhan tangan pasangan
  • Berjalan dengan tenang untuk memerhatikan ciptaan Allah
  • Kehadiran anak anda
  • Gelak ketawa cucu anda

Perkara yang lucu tentang soalan hidup tersebut ialah soalan yang diajukan pada akhirnya ialah soalan yang harus diajukan dahulu. Memanglah sukar untuk membina hidup yang bermakna tanpa mempertimbangkan akhir hayat kita: Apakah yang kita harapkan, apakah yang dimimpikan berkenaan hidup kita, keluarga kita, anak kita?

Saya berharap beberapa soalan yang kita tangguhkan–tentang kematian kita, tentang fikiran kita akan kepentingan dan kejayaan kita–kita boleh mula mengajukannya sekarang ini. Dengan itu, kita akan mendapati kita bukan bercakap tentang pengakhiran tetapi legasi yang lama bertahan.

Aplikasi: Apakah rupa kejayaan bagi anda? Adakah kejayaan akan kelihatan berbeza pada akhir hayat anda?

Hari 2

Perihal Pelan

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada David Green dan Zondervan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.zondervan.com

Pelan yang Berkaitan