Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

HARI 6 DARIPADA 9

Legasi Kerja

Kehendak Allah bagi anda dan saya, dan anak anda serta anak saya, tercatat jelas dalam Pengkhutbah 9.10: “Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh.”

Walau apa pun kerja yang kita lakukan dalam hidup ini–meskipun menterbalikkan burger–kita telah dipanggil untuk menjalankannya dengan sungguh-sungguh dan demi kemuliaan Allah. Alkitab memberitahu kita bahawa kenaikan pangkat diberikan oleh Allah, bukan bos manusia kita. Jika anda tidak menterbalikkan burger dengan sedaya upaya sementara menunggukan sesuatu yang lebih baik, saya ragu-ragu sama ada anda akan merealisasikan impian anda.

Kita tidak berani tidak memberikan anak kita pengalaman kerja. Kita mesti menjangka bahawa mereka akan bekerja dengan sepenuh tenaga mereka. Kita tidak boleh membenarkan simpanan peribadi atau korporat kita untuk menjejaskan pengajaran yang penting ini. Apakah yang Allah ingin lakukan melalui hidup dan bakat anak anda atau cucu anda? Anda tidak mungkin mengetahuinya jika anda membantutkan pengalaman pekerjaan mereka.

Ya, saya tahu perasaan bersalah yang merundung fikiran kita apabila kita melihat anak kita bergelut dari segi kewangan. Memanglah susah untuk tidak campur tangan dan membantu mereka. Namun, jika kita berbuat demikian, kita akan membantutkan perkembangan mereka.

Kekayaan yang kita kumpul bagaikan unggun api. Jika dikawal, unggun api dapat memanaskan keluarga kita. Jika dibenarkan merebak dengan cepat sekali, unggun api itu boleh memusnahkan. Inilah yang kerap berlaku dalam keluarga kaya di seluruh dunia dewasa ini.

Allah tidak menempatkan siapa pun di dunia ini untuk duduk di atas kapal layar sahaja. Dia telah menempatkan kita di dunia ini untuk menjaga taman yang dipertanggungjawabkan-Nya kepada kita. Jika kita ingin meninggalkan legasi kemurahan hati, maka kita mesti mengingati nilai kerja dan kesannya terhadap hidup kita.

Aplikasi: Fikirlah tentang kuasa kerja dalam hidup anda dan dalam budaya anda yang lebih luas. Apakah kesan kerja terhadap seseorang? Bagaimanakah kerja membentuk seseorang itu?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Giving It All Away…And Getting It All Back Again

Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada David Green dan Zondervan kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.zondervan.com

Pelan yang Berkaitan