Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel
Sukacita Memberi
Apabila kita memberi kepada Allah, kita membenarkan Allah untuk "membuka tingkap-tingkap syurga" (Maleakhi 3:10). Saya rasa sesetengah orang Kristian memandangnya secara bertentangan. Mereka fikir akhirnya hanya sedikit yang tinggal jika mereka memberi. Saya memandang ini dari segi berkat masa depan. Saya memerlukan dan menginginkan berkat Allah terhadap keluarga saya. Semasa saya memberi, Dia nampaknya menghujani kita dengan lebih banyak berkat lagi.
Saya tidak memaksudkan kita harus berdoa agar Allah akan membuka tingkap syurga supaya kita boleh mendapat semula wang kita. Cara pemikiran itu tidak selaras dengan fikiran Allah. Berkat Allah adalah lebih daripada wang semata-mata. Kita harus mengikis pemikiran ini yang menumpukan perhatian pada timbunan wang. Pemeliharaan Allah untuk hidup bolehlah dalam bentuk pertolongan daripada tubuh Kristus (orang dari gereja anda) ataupun dalam bentuk hadiah, peluang pekerjaan. Ibu saya memberi secara taat dan bersukacita, dan Allah memenuhi keperluannya. Ibu tidak menjadi kaya menurut takrifan dunia, tetapi ia mengumpulkan harta di syurga sementara ia mempercayai Allah untuk menyaranya di sini dan sekarang ini juga.
Saya merayu kepada anda. Percayalah firman Allah. Ujilah Dia. Saya yakin jika anda mengorak langkah dan terus maju dalam pengembaraan memberi ini, anda pasti tidak akan kecewa. Saya mendorong anda dan mencabar anda untuk mengambil langkah seterusnya. Mungkin langkah yang pertama. Mungkin langkah yang lebih berani.
Aplikasi: Bagaimanakah legasi sukacita dan kemurahan hati memberikan kesan yang lebih kuat daripada meninggalkan perniagaan yang berkembang maju atau wang yang banyak?
Kitab
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda.
More