Memberikan Semuanya…Dan Mendapat Semuanya SemulaSampel
Menuju Kemurahan Hati
Di tengah-tengah hidup dan legasi yang bermakna ialah visi untuk kemurahan hati, pemahaman tentang maksudnya memberkati orang lain. Nilai memberi kepada gereja, misi, orang mesti ditunjukkan, kemudian diajar supaya generasi seterusnya menerima kemurahan hati sebagai panggilan mereka. Sesudah seseorang itu menerima suatu konsep, seperti kemurahan hati, sebagai panggilan mereka, lebih mudahlah untuk memahami tanggungjawab yang terikat pada panggilan itu.
Dalam perjalanan saya, saya mendapati waktu kemurahan hati mendedahkan hati anda kepada Allah. Langkah menuliskan cek atau menekan butang "menderma" dalam talian mungkinlah menggentarkan. Walau bagaimanapun, semuanya berpokok pada kepercayaan. Adakah saya betul-betul mempercayai bahawa Allah ialah Allah yang menghalang Abraham daripada mengorbankan anak lelakinya dan menyediakan domba jantan di dalam belukar sebagai korban. Jika jawapan saya ialah ya, maka jawapan itu memberikan kesan. Kesan yang baik.
Ini bermaksud hasil daripada kesetiaan Allah yang memelihara saya, saya dapat bersukacita dalam pemberian meskipun pada waktu susah. Sering kali, Allah mahu kita untuk mengambil langkah pertama. Ini bolehlah semudah membuat rancangan untuk menjelaskan hutang atau rancangan untuk menyokong keluarga mubaligh untuk satu dekad. Itulah langkah yang pertama. Sesudah kita menyatakan kesanggupan kita, saya mendapati bahawa Allah cepat menyatakan diri-Nya dalam usaha itu.
Tidak menjadi hal sama ada kita memberi daripada kekayaan atau keadaan yang hina. Allah tidak sabar-sabar menantikan kita untuk bersukacita kerana kemurahan hati kita. Kita cuma perlu mempercayai Dia dan mengambil langkah pertama itu.
Aplikasi: Pernahkah anda menyedari bahawa Allah mahu anda untuk melakukan sesuatu yang susah dan dengan iman yang yang melampau? Adakah anda melakukannya, ataupun adakah anda menyesal kerana tidak melakukannya?
Kitab
Perihal Pelan
Dipetik daripada buku Giving It All Away…and Getting It All Back Again, David Green, pengasas dan CEO Hobby Lobby, berkongsi bahawa hidup yang murah hati memberikan ganjaran yang terbaik dari segi peribadi, menawarkan legasi yang kukuh kepada keluarga anda, dan mengubah orang yang berhubungan dengan anda.
More