Mengejar KedamaianSampel
Berdamai dengan Masa Depan
Adakah anda berasa tenang tentang masa depan? Beberapa malam yang tidak dapat tidur, tekanan dan kerisauan mungkin menunjukkan tidak. Banyak suara menuntut perhatian kita. Satu suara berbunyi, “ Buktikan bahawa kamu ialah orang yang baik.” Satu lagi berbunyi, “Kamu patut berasa malu tentang diri kamu.” Ada juga suara yang berbunyi, “Tiada sesiapa yang betul-betul mengambil berat tentang kamu,” dan satu lagi, “Pastikan kamu menjadi orang yang berjaya, popular dan berkuasa.”
Namun, di sebalik semua bunyi yang bising ini, satu suara yang lembut bagaikan bisikan berbunyi, “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku.” Inilah suara yang kita harus dengar. Kita harus berhenti menaruhkan kepercayaan kita pada cita-cita sendiri dan percaya sepenuhnya pada Allah, menemukan kesejahteraan tentang masa depan yang telah disediakan Allah.
Pepatah Afrika:
Orang yang mempunyai terlalu banyak cita-cita tidak dapat tidur dengan tenang. ~ Pepatah Chad
Doa merupakan nadi dalam segala yang kita lakukan. Sertai Tearfund, dan beribu-ribu gereja di seluruh dunia, dalam doa untuk mencari kesejahteraan dan penyembuhan Allah di dunia yang menderita ini.
Tindakan:
Tuliskan rancangan lima tahun anda dengan semua perkara yang ingin dicapai sepanjang masa itu. Kemudian, tuliskan apa yang anda perlukan daripada Allah untuk mencapai matlamat tersebut, serta perkara yang anda sanggup lepaskan, atau benda yang anda rasa harus diserahkan kepada-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar.
More