Mengejar KedamaianSampel
Berdamai dengan Masa Sekarang
Ia berasa seperti perubahan yang radikal untuk memulakan setiap hari dengan mengingati kasih, belas kasihan dan kesetiaan Allah. Dalam kesibukan hidup kita, adalah penting untuk melindungi sedikit masa, baik pada permulaan atau penghujung hari, untuk meminta Allah agar mengurniakan kedamaian kepada anda.
Pepatah Afrika:
Kesenyapan mendatangkan kedamaian dan kedamaian menghasilkan keamanan. ~ Pepatah Afrika Timur
Matius 5:9 berkata, “Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!”
Berkat terbesar setelah kita menerima kurnia ini adalah tidak menyembunyikannya, malah memberikannya kepada orang lain. Menjadi pemberi Kedamaian dalam dunia yang amat memerlukannya. Kita juga boleh melakukannya dengan mendoakan kedamaian untuk orang lain, agar kedamaian boleh wujud di tempat yang menghadapi konflik, juga kearifan dan kebijaksanaan bagi para pemimpin dan pendamai yang berada di zon konflik.
Pepatah Afrika:
Selalu terburu-buru tidak akan menghindarkanmu dari kematian, bergerak perlahan juga akan membuatmu terus hidup. ~ Pepatah Ibo
Yang terpenting, gereja menjadi ‘saksi yang hidup’ dan menyaksikan kerja Allah yang membawa penyembuhan, pendamaian dan pemulihan. Platform Tearfund yang memfokus pada tindakan, Rhythms, mempunyai banyak cadangan tindakan yang anda boleh praktikkan, menjalankan hidup sesuai dengan panggilan menjadi pendamai dalam kehidupan seharian.
Tindakan:
Perhatikanlah orang lain. Berdoa untuk orang asing yang diperhatikan, kerana anda sedar bahawa mereka bukanlah orang asing kepada Allah. Berdoa agar mereka akan mengalami kasih Allah, diselubungi hadirat-Nya walau apa pun situasi dan kekacauan yang mungkin dialami mereka.
Kitab
Perihal Pelan
Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar.
More