Mengejar KedamaianSampel

Pursuing Peace

HARI 3 DARIPADA 7

Berdamai dengan Orang Lain

Dalam sebilangan gereja, mereka mengamalkan saling bersalaman dengan damai sejahtera, yang menandakan kasih dan kesatuan orang Kristian yang dikongsi di antara orang percaya. Apabila kita biasa mengikuti tradisi, adalah mudah untuk melupakan maksud yang kaya di sebalik semua tradisi itu. Komuniti yang kuat adalah komuniti yang berdamai, serta memupuk kedamaian dalam kehidupan orang lain. Dengan individualisme yang semakin meningkat dalam masyarakat kita, memang semakin sukar untuk melepasi tembok hati manusia, demikian juga untuk menunjukkan kasih dan kedamaian kepada orang yang tidak dikenali. 

Kedamaian boleh dihulurkan kepada orang lain melalui tindakan yang biasa seperti melawat seorang jiran yang tua, menawarkan secawan air, memberi makan kepada orang miskin atau menjaga seseorang kanak-kanak. Tindakan ini juga termasuk mengampuni seseorang yang telah berlaku salah terhadap anda, mempertahankan orang yang tertindas, berupaya lebih tekun apabila anda lebih suka tidak melakukan apa-apa, atau meminta maaf. Tindakan tersebut mesti berakarkan kehidupan yang tekun berdoa. Doa yang meminta kedamaian sejati dan pembangunan pemerintahan Allah di dunia ini.

Pepatah Afrika:

Saat perdamaian sudah tercapai, perisai tidak lagi diperlukan. ~ Pepatah Uganda

Saat raja memiliki penasihat yang bijak, pemerintahannya akan damai. ~ Pepatah Ashanti

Tearfund menyaksikan kisah transformasi dan pembinaan kedamaian yang sebenar. Bacalah cerita tentang seorang rakan Tearfund yang mengubah arus kebencian dalam sebuah komuniti Nigeria.

Tindakan:

Adakah anda perlu berdamai dengan seseorang? Bertemulah dengan orang itu dan jelaskan sebab anda ingin berbuat demikian. Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda cara untuk menghulurkan kasih dan pengampunan seperti Kristus.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Pursuing Peace

Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv