Mengejar KedamaianSampel

Pursuing Peace

HARI 2 DARIPADA 7

Berdamai dengan Persekitaran Anda 

Ketakutan boleh mencuri kedamaian kita. Pernahkah anda menonton berita dan mula berasa takut bahawa dunia ini menjadi semakin ganas, malah penuh ancaman? Di tengah-tengah bencana alam, pertukaran iklim, terorisme, Yesus berjaga, menengking ketakutan dan masih memerintah kita agar percaya dan jangan takut.

Dalam dunia yang dipenuhi ketidakpastian dan ketakutan, memang kelihatan wajar untuk membina kedamaian anda atas kubu perlindungan, berusaha untuk mencari kedamaian dalam diri sendiri melalui pemilikan kebendaan, pencapaian, dan kejayaan. 

Pepatah Afrika:

Kekayaan yang membuatmu tunduk padanya, bukanlah sebuah kekayaan. ~ Yoruba

Kedamaian yang diberikan Yesus adalah amat berbeza. Ia adalah kedamaian yang hadir di tengah-tengah penderitaan, di tengah-tengah angin ribut. Dia memberitahu kita “Tenanglah! Aku ini, jangan takut!” Sewaktu Perjamuan Agung, Yesus mengulangi kata-kata ini: “Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”

Kehendak Allah adalah agar kita menjalankan hidup ini tanpa ketakutan, namun, kita tidak boleh melakukannya tanpa Dia. 

Tearfund bekerja di kawasan yang dilanda bencana, mengikuti teladan Yesus untuk melayani di mana keperluan adalah paling besar. Tontonlah video ini untuk melihat bagaimana Tearfund New Zealand memberikan respons terhadap panggilan untuk membawa kedamaian ke dunia. 

Tindakan: 

Lihatlah tajuk berita hari ini, kemudian, matikan televisyen, letakkan surat khabar, matikan radio. Berdoalah kepada Allah tentang situasi dalam laporan berita tersebut dan mintalah Dia untuk membawa kedamaian kepada setiap situasi tersebut.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Pursuing Peace

Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tearfund kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tearfund.org/yv