Mengejar KedamaianSampel
Berdamai dengan Diri Sendiri
Kamu akan mendapati, sering kali punca pergumulan terbesar untuk mendapatkan kesejahteraan adalah dalam diri kita. Sebuah cerita mengisahkan tentang seorang datuk yang memberitahu cucu lelakinya, "Saya rasa seolah-olah ada dua ekor serigala yang sedang bertarung dalam hati saya. Seekor serigala adalah penuh dendam, kemarahan dan ganas. Seekor lagi penuh kasih dan belas kasihan. Cucu itu pun menanya datuknya, "Jadi, yang manakah akan menang dalam hati datuk?" Datuk itu membalas, "Serigala yang saya beri makan."
Kita memilih apa yang ingin kita pupuk dalam jiwa kita. Apakah anggapan anda terhadap diri sendiri? Kita harus menghadapi pemikiran kita setiap hari dan kita mesti berhati-hati apabila berhadapan dengan kebimbangan kita. Alkitab mendorong kita untuk mencari kesejahteraan dalam hati kita dengan menyerahkan segala kebimbangan kita kepada Allah, dan membenarkan Dia menjaga hati dan minda kita, meskipun bila penyerahan ini melampaui segala pemahaman kita.
Pepatah Afrika:
Kulit harimau nampak cantik, tapi tidak hatinya. ~ Pepatah Baluba
Terdapat satu artikel yang mencabar pada laman web Rhythms Tearfund yang berbaloi untuk dibaca, mempersoalkan sama ada identiti kita berkaitan rapat dengan pakaian kita.
Tindakan:
Kita sering mencari identiti kita dalam benda atau pemilikan kita. Pergilah ke pusat membeli-belah kegemaran anda, bukannya untuk membeli sesuatu, tetapi mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di situ dan merenungkan keperluan anda. Ucapkan doa pujian kerana Allah mengenakan kebenaran pada anda. Mintalah Allah untuk bertemu dengan anda pada saat itu dan meninggalkan tempat itu tanpa membeli apa-apa, kerana anda sedar bahawa anda telah ke sana untuk mencari sesuatu yang hanya boleh diberikan oleh Allah.
Kitab
Perihal Pelan
Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar.
More