Setiap Hati yang KerinduanSampel

Every Longing Heart

HARI 7 DARIPADA 7

Cahaya Bagi Dunia & Fajar Terang yang Menyinari Semua Orang

Selepas kebisuan paksa selama 10 bulan, akhirnya Zakharia memegang tangan anak lelakinya yang dinanti-nantikan itu. Sekarang lidahnya tidak terikat dan telinganya dibuka, ia terharu bahawa anak lelakinya akan menjadi nabi Allah Yang Maha Tinggi. Zakharia meramalkan bahawa kelahiran Yohanes, dan kelahiran Yesus, ialah permulaan hari rohani yang baru.

Demi menghargai cahaya ini, kita mesti memahami kegelapan sebelumnya. Perjanjian Lama berakhir dengan janji cahaya baru yang akan datang, dan Perjanjian Baru membuka dengannya.

Gelaran Mesias "Fajar" adalah luar biasa. Ini berasal daripada perkataan Yunani ‘anatole,’ yang diterjemahkan sebagai "timur." Ini merupakan perkataan yang digunakan tiga kali untuk menggambarkan orang majus dan "bintang-Nya terbit di sebelah timur." Bintang yang terbit di sebelah timur ialah cahaya yang memimpin mereka kepada Cahaya, Fajar sendiri.

Kira-kira 30 tahun kemudian, Cahaya bagi Dunia mula mengajar, menyembuh, dan membangkitkan orang mati di sekitar Yudea. Mesej Kristus kepada orang yang berdosa ialah menempatkan iman mereka pada-Nya dan mempercayai-Nya. Ini menyebabkan kegelapan untuk bercerancang dan lenyap. Tidak semua orang menyukai cahaya, dan banyak orang memilih untuk kekal dalam kegelapan.

Iblis cuba memadamkan Fajar di salib. Namun, tiga hari kemudian, semasa matahari terbit (sunrise), wanita yang telah menyaksikan Tuhan disalibkan dan dikebumikan datang untuk melumuri Dia dengan ramuan, tetapi mereka mendapati matahari terbit yang berbeza telah berlaku. Anak itu telah bangkit (S-O-N-rise)! Kematian dan kegelapan telah dikalahkan, dan Anak Allah telah bangkit daripada kubur. Daripada palung kepada kubur yang kosong, Fajar telah membawa cahaya yang baru.

Krismas meraikan kedatangan matahari terbit yang pertama. Hari dan cahaya yang baru menjemput kita ke palung yang hina. Namun, masih ada matahari terbit masa depan yang akan datang. Perjanjian Lama berakhir dengan janji matahari terbit masa depan, dan Perjanjian Baru juga menjanjikannya. Ini ditemui dalam bab terakhir Alkitab. Matahari terbit masa depan adalah berbeza kerana matahari terbit yang lain didahului kegelapan, tetapi matahari terbit ini membawa cahaya yang berterusan.

Kerana Yesus sendiri akan menggantikan matahari di Yerusalem yang baru. Kita akan bersama-sama dengan Dia selama-lamanya, dan Dia akan menjadi sumber cahaya kita.

Kini kita menantikan Hari itu untuk tiba.

Apabila Kristus dilahirkan, reaksi terhadap kedatangan-Nya itu berkisar antara penyembahan dan kerisauan, dan masihlah demikian sekarang ini. Walau bagaimanapun, bagi orang yang setia, Raja baru lahir ini ialah sukacita setiap hati yang kerinduan. DIalah Pemberi, dan Dialah Hadiah itu. Saya berharap Dia ialah kerinduan hati anda dan agar anda lebih menghargai Dia pada musim Krismas ini.

Dapatkan Buku Warna Adven yang PERCUMA yang mengiringi pelan ini di sini.

  • Bagaimanakah Fajar menerangi hidup saya dan fikiran saya?
  • Bagaimanakah saya harus memberikan respons terhadap perkara yang didedahkan?
  • Bagaimanakah janji cahaya yang berterusan di Yerusalem yang baru membawa harapan kepada saya sekarang ini?
Hari 6

Perihal Pelan

Every Longing Heart

Dalam him Krismas Charles Wesley yang terkenal, "Kau yang Lama Dinantikan" (Come, Thou Long Expected Jesus), kita menyanyikan bahawa Yesus ialah sukacita bagi setiap hati yang kerinduan. Pada Adven ini, ketahuilah bagaimana perancangan kudus peristiwa manusia dan pelbagai respons terhadap kedatangan-Nya, mendedahkan kerinduan hati kita. Daripada raja dan pemerintah kepada gembala dan anak dara yang penuh harapan, kedatangan Yesus mendedahkan apa yang kita hargai. Temui Dia yang merupakan sukacita hati anda pada Krismas ini.

More

Kami bersyukur kepada Cara Ray kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://cara-ray.com