Setiap Hati yang KerinduanSampel

Every Longing Heart

HARI 5 DARIPADA 7

Pengkaji Bintang Pagan Bersedia untuk Menyembah

Apabila orang majus dan pasukan berkuda mereka memasuki Yerusalem, mereka menyebabkan keributan sedikit di sana. Orang asing yang beragam menarik perhatian semasa mereka berjalan-jalan di pasaran mencari kedudukan Raja yang baru dilahirkan itu.

Semua orang daripada penjual buah-buahan kepada ketua imam mengangkat bahu dengan sikap tidak ambil peduli. Mereka pastinya rasa sungguh aneh bahawa rakyat Raja ini tidak mengetahui lokasi-Nya, dan tidak menjangkakan-Nya. Tidakkah mereka tahu tentang Kitab Suci sendiri?

Kira-kira 600 tahun sebelumnya, semasa Daniel hidup sebagai orang tawanan di Babilonia, ia meramalkan waktu kedatangan Mesias. Ramalannya telah menarik minat orang majus, dan mereka menghitung secara teliti, merujuk bintang, waktu ketibaan Mesias yang dijangkakan itu.

Selama beberapa ratus tahun, mereka menunggu. Apabila bintang itu muncul, mereka sedar bahawa sudah tiba masanya. Mereka memuati unta mereka dengan hadiah dan memulakan perjalanan untuk mencari Raja yang baru dilahirkan itu.

Ahli kaji bintang, atau orang majus, merupakan suku imam pagan daripada kerajaan Media dan Persia. Mereka bukan sahaja mengkaji astronomi dan astrologi malah memiliki kuasa politik yang besar. Dikenali sebagai "dalang politik" zaman mereka, tiada Raja Persia adalah sah melainkan ditakhtakan oleh orang majus. Dalang politik ini bermisi menobatkan Raja segala raja.

Maka, sementara Israel tidur dari segi rohani, orang majus menanti dengan penuh harapan akan Mesias mereka. Tidak mengetahui kedudukan-Nya, mereka pergi ke Yerusalem dan bertanya tentang-Nya di sana.

Jika anda tidak pasti bahawa bayi di palung itu ialah Raja Dunia, saya menjemput anda untuk melakukan apa yang dilakukan oleh orang majus itu dan mencari Dia. Dia tidak bersembunyi dan berjanji akan ditemui apabila kita mencari Dia dengan sepenuh hati kita. Bukalah Firman Allah dan mula membaca. Apabila anda berbuat demikian, anda akan memberikan respons yang sama dengan orang majus yang yakin bahawa mereka telah menemui Raja itu, dan mereka sujud menyembah. Dialah kerinduan setiap hati manusia. Orang majus masih mencari Dia dan menyembah Dia. Adakah anda berbuat demikian?

  • Adakah anda rasa hairan bahawa orang pagan lebih bersemangat untuk menyembah Raja Yesus daripada orang Yahudi yang beragama? Mengapa ya atau mengapa tidak?
  • Orang majus menghabiskan banyak sumber (masa dan wang) untuk mencari jawapan bagi soalan mereka tentang Raja dan bintang-Nya. Bagaimanakah anda boleh mencari jawapan bagi soalan anda tentang Dia dengan penuh minat?
  • Apakah yang Allah panggil anda untuk lakukan berdasarkan ini?
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Every Longing Heart

Dalam him Krismas Charles Wesley yang terkenal, "Kau yang Lama Dinantikan" (Come, Thou Long Expected Jesus), kita menyanyikan bahawa Yesus ialah sukacita bagi setiap hati yang kerinduan. Pada Adven ini, ketahuilah bagaimana perancangan kudus peristiwa manusia dan pelbagai respons terhadap kedatangan-Nya, mendedahkan kerinduan hati kita. Daripada raja dan pemerintah kepada gembala dan anak dara yang penuh harapan, kedatangan Yesus mendedahkan apa yang kita hargai. Temui Dia yang merupakan sukacita hati anda pada Krismas ini.

More

Kami bersyukur kepada Cara Ray kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://cara-ray.com