Setiap Hati yang KerinduanSampel
Malaikat yang Menggerunkan dan Respons Kebisuan
Zakharia terperanjat melihat dirinya diundi. Sebagai seorang imam, ia pernah mempersembahkan ribuan korban binatang, tetapi ia tidak pernah diberikan penghormatan untuk membakar kemenyan di Bait Suci Tuhan. Zakharia menarik nafas panjang semasa ia memasuki bilik yang kudus itu.
Nyalaan kecil yang dibawanya membayangi bilik itu. Di sebelah kanannya, ia melihat meja bagi roti persembahan, di sebelah kirinya ialah kaki pelita emas, dan di depannya ialah mazbah tempat membakar kemenyan. Ia membakar kemenyan yang berbau harum di mazbah itu dan menundukkan kepala untuk berdoa. Semasa ia membuka matanya, ia melihat malaikat dari sudut matanya.
Berdiri dalam bayang-bayang itu ialah makhluk yang paling agung dan menggerunkan yang pernah dilihatnya. Iaitu, malaikat Gabriel.
Meskipun pemandangan Gabriel itu menggerunkan, malaikat itu meyakinkan Zakharia agar jangan takut dan bahawa ia membawa berita yang paling mengagumkan. Doa Zakharia dan Elisabet untuk anak lelaki akan dijawab tidak lama lagi, dan anak ini akan menjadi orang besar di sisi Tuhan. Anak yang telah lama didoakan ini akan melangkah di hadapan Mesias.
Satu-satunya masalahnya ialah Zakharia dan Elisabet sudah tua. Maka Zakharia menanya Gabriel, "Bagaimana mungkin?” Utusan malaikat itu membalas, "Saya Akulah Gabriel yang berdiri di hadirat Allah." Dengan kata lain, tidakkah kehadiran saya cukup bagi anda untuk percaya, Zakharia?
Sudah pasti, Zakharia sedar bahawa Allah boleh menjawab doanya, tetapi demi melindungi jangkaannya, ia membuat keputusan bahawa Dia tidak akan menjawabnya.
Disebabkan oleh ketidakpercayaannya, Gabriel menjadikan Zakharia bisu. Ia tidak dapat mendengar atau bercakap. Tidakkah semua ketidakpercayaan itu bisu? Apabila kita tidak mempercayai apa yang telah dinyatakan dalam Firman Allah, kita juga menunjukkan kebisuan rohani.
Walaupun Zakharia ragu-ragu pada awalnya, "waktu rehat" itu menolongnya untuk melihat keadaannya dengan jelas. Apabila lidahnya tidak terikat lagi, bibirnya memuji-muji Allah dan tidak lagi ragu-ragu.
Selama beberapa dekad, Zakharia dan Elisabet fikir Allah telah menjawab permintaan mereka dengan jawapan 'tidak', tetapi sebenarnya jawapan yang diberikan ialah 'belum lagi'. Terus berdoa, terus percaya, dan terus taat! Anda tidak mungkin tahu apa yang sedang dilakukan oleh Allah dengan doa anda yang belum dijawab lagi.
- Dalam lingkungan yang manakah saya tidak mempercayai apa yang telah dinyatakan dalam Firman-Nya?
- Permintaan doa yang manakah saya rasa ingin abaikan?
- Bagaimanakah saya dapat mencontohi kesetiaan (tak sempurna) Zakharia dan Elisabet untuk terus percaya apabila saya rasa ingin berputus asa?
Perihal Pelan
Dalam him Krismas Charles Wesley yang terkenal, "Kau yang Lama Dinantikan" (Come, Thou Long Expected Jesus), kita menyanyikan bahawa Yesus ialah sukacita bagi setiap hati yang kerinduan. Pada Adven ini, ketahuilah bagaimana perancangan kudus peristiwa manusia dan pelbagai respons terhadap kedatangan-Nya, mendedahkan kerinduan hati kita. Daripada raja dan pemerintah kepada gembala dan anak dara yang penuh harapan, kedatangan Yesus mendedahkan apa yang kita hargai. Temui Dia yang merupakan sukacita hati anda pada Krismas ini.
More