Setiap Hati yang KerinduanSampel
Saksi Pertama yang Tidak Disangka-sangka & Sukacita Mereka yang Besar
Malam itu sama seperti ribuan malam yang lain. Sekumpulan gembala berkumpul di keliling unggun api untuk berkongsi cerita dan bernyanyi. Tiba-tiba, langit merekah dan kemuliaan terang malaikat menyakitkan mata mereka serta memenuhi hati mereka dengan ketakutan.
Diselubungi kemuliaan Tuhan, gembala itu melihat malaikat (berkemungkinan Gabriel) mengumumkan berita baik tentang kelahiran Kristus, diikuti ulangan ratusan ribu malaikat yang memuji Allah. Seluruh babak itu bagaikan tirai yang dibuka cukup-cukup untuk memberikan gembala tersebut bayangan sekilas tentang konsert penyembahan yang sedang berlangsung di syurga.
Namun, antara semua orang yang mungkin menerima pengumuman syurgawi ini, mengapakah berita ini disampaikan kepada sekumpulan gembala yang hina?
Allah sentiasa lembut hati terhadap gembala. Raja terhebat Israel, Daud, merupakan seorang gembala, dan Musa melayani bapa mertuanya sebagai gembala untuk suatu tempoh. Meskipun ada orang yang ternama antara mereka, gembala terletak di peringkat paling bawah tangga sosial. Kerja mereka menjadikan mereka najis dan tidak dapat mengambil bahagian dalam adat Yudaisme.
Walau bagaimanapun, Allah mendedahkan berita yang menggemparkan ini kepada gembala tanpa nama, dan mungkin beriman ini. Cerita ini dipenuhi perbezaan dan ironi. Malam gelap yang penuh bintang, ditembusi cahaya kemuliaan yang sangat terang. Lelaki yang takut, berhadapan dengan malaikat yang penuh semangat dan gembira. Gembala yang biasa diubah menjadi penginjil. Hal yang paling ironik ialah gembala itu berkemungkinan sedang menjaga kawanan anak domba korban masa depan, sementara Anak Domba Allah dilahirkan di palung yang berdekatan. Semasa tergesa-gesa untuk melihat Anak itu, mungkinkah mereka sedar bahawa mereka melihat anak domba korban yang terakhir – Anak Domba Allah?
Kenyataan bahawa Allah akan berkongsi berita baik dengan gembala dahulu, itu sendiri, ialah berita baik. Tidak banyak orang antara kita adalah bijak berdasarkan standard duniawi, berkuasa, atau berketurunan bangsawan. Allah memilih yang bodoh di dunia untuk mengelirukan yang bijak. Jika dianggap sebagai yang bodoh di dunia ini memberikan anda tempat duduk di barisan hadapan untuk pengumuman yang terbesar, marilah kita mendaftar! Pengumuman malaikat dimaksudkan untuk membawa sukacita yang amat besar kepada mereka, dan bertujuan membawakan sukacita yang amat besar kepada anda sekarang ini juga. Penyelamat sudah dilahirkan! Berita baik ini membawakan sukacita yang amat besar kepada kita, sekarang dan selama-lamanya.
- Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza tentang cara saya memandang orang lain?
- Bagaimanakah Allah sedang memanggil saya untuk berfikir secara berbeza tentang diri sendiri?
- Bagaimanakah pengumuman malaikat ini memberikan kesan terhadap sukacita sehari-hari saya?
Perihal Pelan
Dalam him Krismas Charles Wesley yang terkenal, "Kau yang Lama Dinantikan" (Come, Thou Long Expected Jesus), kita menyanyikan bahawa Yesus ialah sukacita bagi setiap hati yang kerinduan. Pada Adven ini, ketahuilah bagaimana perancangan kudus peristiwa manusia dan pelbagai respons terhadap kedatangan-Nya, mendedahkan kerinduan hati kita. Daripada raja dan pemerintah kepada gembala dan anak dara yang penuh harapan, kedatangan Yesus mendedahkan apa yang kita hargai. Temui Dia yang merupakan sukacita hati anda pada Krismas ini.
More