Menumpukan Hidup Anda Pada Menemui AllahSampel

Centering Your Life Around Meeting With God

HARI 5 DARIPADA 7

Yesus ialah Pusat Kehidupan

Seluruh keabadian berdasarkan kehidupan, kematian, dan kebangkitan Yesus. Dialah Anak Allah yang hidup, yang maha penting, mengubah keabadian, dan menebus bangsa manusia. Kolose 1:15 memberitahu kita,“Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan.”

Ibrani 1:3 mengatakan,“Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga.”

Semasa Dia datang semula, Wahyu 19:16 mengatakan, “Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”

Menumpukan hidup kita pada menemui Allah bermaksud membina asas kita pada pusat segala keabadian yang tidak dapat digoncang. Membina hidup kita supaya tertumpu pada Yesus bermakna menempatkan sauh harapan kita pada Raja segala raja dan Tuan segala tuan. Hanya Yesus setia terhadap firman-Nya. Hanya Yesus akan menepati janji-Nya kepada kita.

1 Yohanes 2:17 mengatakan, “Dunia dan segala sesuatu di dunia yang diingini oleh manusia tidak kekal. Tetapi orang yang melakukan kehendak Allah, akan hidup selama-lamanya.” Kehendak Allah ialah agar kita menumpukan hidup kita pada hadirat penyayang-Nya. Perintah terutama Allah ialah agar kita mengasihi-Nya dalam semua perbuatan kita. Hidup secara berbeza daripada dunia di sekeliling anda dengan menumpukan hidup anda pada menemui Yesus bermaksud memikirkan jalan baru yang membawa kepada kepenuhan hidup.

Bagi dunia ini, kita mungkin kelihatan bodoh kerana menempatkan harapan kita pada Yesus sahaja, tetapi tiada hal yang lebih penting daripada ini. Ini seolah-olah mengetepikan pengejaran masyarakat seperti keselesaan, status, dan sanjungan, tetapi tiada keputusan yang lebih baik daripada ini. Anda melayani Allah yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang. Anda milik Raja yang mengorbankan nyawa-Nya supaya anda boleh hidup. Anda tidak akan menemui sukacita, kedamaian, atau tujuan yang lebih besar daripada yang dialami semasa melayani Yesus. Tiada hidup yang lebih hebat daripada hidup yang dijalankan tertumpu sepenuhnya pada Raja seluruh bumi.

Pada hari ini, luangkan masa untuk mengabdikan semula seluruh diri anda kepada Raja segala raja dan Tuan segala tuan. Jauhi perspektif yang terhad dan fikirlah tentang kerajaan Allah yang kudus dan kekal. Benarkan kebenaran firman dan kasih Allah untuk memenuhi anda dengan keberanian untuk memilih penumpuan pada Dia lebih daripada melayani diri dan dunia di sekeliling anda. Moga-moga hari ini dipenuhi kehadiran Raja Yesus yang kekal.

Doa

1. Renungi ayat Alkitab tentang peribadi Yesus. Ingatlah bahawa Yesus itu hidup dan ada dekat dengan anda. Dia ialah Allah yang hidup, dan Alkitab mengatakan bahawa hidup anda tersembunyi bersama dengan hidup-Nya.

“Aku telah disalib bersama Kristus, bukanlah aku lagi yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalam aku. Dalam hidup jasadku sekarang aku hidup dengan iman kepada Anak Allah, yang mengasihiku dan menyerahkan diri-Nya untukku.” Galatia 2:20

“Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut 'Penasihat Bijaksana,' 'Allah Perkasa,' 'Bapa Kekal,' 'Raja Damai'.” Yesaya 9:5

“Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.” Ibrani 12:2

2. Dari segi apakah hidup anda tidak tertumpu pada Yesus? Dari segi apakah anda hidup demi dunia ini bukan demi keabadian?

3. Mintalah Roh Kudus untuk menolong anda menumpukan hidup anda pada Yesus yang sudah ada dan yang ada. Mintalah Dia untuk memenuhi anda dengan pengetahuan akan kedekatan-Nya dan kasih-Nya terhadap anda. Bukalah hati anda dan terima hadirat Yesus. Mintalah Dia agar menunjukkan kepada anda cara anda boleh menumpukan hidup anda pada Dia sekarang ini.

“Dengan demikian, jika kamu telah dibangkitkan bersama Kristus, carilah perkara-perkara yang berkaitan dengan syurga, tempat Kristus duduk di sebelah kanan Allah.” Kolose 3:1

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Centering Your Life Around Meeting With God

Hidup ini ditandakan oleh satu pililhan: siapa atau apa yang menjadi tumpuan hidup kita? Pilihan ini membawa kita kepada keputusan yang membentuk siapa kita ini, perasaan kita, siapa atau apa yang dihargai, dan perkara yang akan dicapai pada akhir hayat kita. Menumpukan hidup kita pada diri sendiri atau perkara dunia ini hanya menyebabkan kemusnahan.

More

Kami berterima kasih kepada First15 kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.first15.org/