Menumpukan Hidup Anda Pada Menemui AllahSampel
Memilih Tumpuan
Bagaimanakah rupa hidup kita jika kita betul-betul menumpukan masa, tenaga, emosi, dan pengejaran kita pada menemui Allah? Kita memilih untuk menumpukan hidup kita pada sesuatu atau seseorang. Setiap keputusan dibuat melalui penapis perkara yang paling dititikberatkan. Bagi sesetengah orang, tumpuan terletak pada diri sendiri. Yang lain pula menumpukan hidup pada pendapat orang lain. Ada juga orang yang memilih untuk menumpukan hidup mereka pada suatu tanggapan atau konsep, mempercayainya ialah perkara yang terpenting. Saya berdoa agar kita, sebagai tubuh Kristus, akan mula menumpukan hidup kita di bumi ini pada menemui Pencipta kita kerana Dialah penerima yang paling layak menerima keutamaan tertinggi kita.
Menumpukan hidup kita pada menemui Allah bermakna mengutamakan perkara yang terbaik.
Mazmur 84:10-12 berkata,“Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain; aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku daripada tinggal di rumah orang jahat. TUHAN pelindung dan raja mulia kita, Dia memberkati kita dengan kebaikan dan kehormatan. Dia tidak menahan apa-apa yang baik daripada mereka yang hidup tidak bercela. Berbahagialah mereka yang percaya kepada-Mu, ya TUHAN Yang Maha Kuasa!”
Apabila kita menempatkan kepercayaan dan nilai kita dalam Allah, kita menempatkan hidup kita dalam persekutuan yang berbahagia dengan Bapa yang mengasihi kita. Allah kita ingin sangat untuk menemui kita. Dia ingin sangat kita untuk merasai dan melihat kebaikan-Nya. Hanya melalui hidup yang berhubungan dengan Pencipta kitalah kita dapat mengalami hidup kelimpahan yang menakjubkan yang Allah ingin berikan kepada kita.
Saya ingin memberitahu anda bahawa Allah ialah tumpuan bagi sebahagian besar daripada hidup saya. Saya ingin mengatakan bahawa Yesus merupakan keutamaan tertinggi saya; walau bagaimanapun, tindakan, masa, fikiran, dan emosi saya tidak pernah mencerminkan kenyataan tersebut. Kita menghabiskan masa kita dengan orang yang paling dikasihi. Kita menumpukan emosi, tindakan, fikiran pada orang atau benda yang paling dihargai. Melainkan hidup kita betul-betul mencerminkan postur tertumpu pada Yesus, kita mesti membuat penilaian yang jujur terhadap diri sendiri dan meminta Allah untuk menolong kita berubah. Kita mesti membawa keremukan dan dosa kita kepada Allah dan meminta pertolongan sempurna-Nya untuk mengubah kita menjadi anak yang ditandai kehadiran-Nya.
Menumpukan hidup kita pada perkara lain selain daripada Yesus akan membawakan kekecewaan dan ketakpuasan. Dunia ini tidak mempunyai apa-apa perkara yang baik untuk kita. Menumpukan hidup pada diri sendiri hanya akan menambahkan beban dan tekanan dunia ini. Menumpukan hidup pada orang lain hanya akan membawa kita menaiki roller coaster emosi yang terdorong oleh keremukan dan kelemahan orang lain. Menumpukan hidup pada suatu idea atau konsep hanya akan mengumpulkan harta yang sekekal dunia yang sementara ini.
Hari ini, luangkan masa untuk menyelidiki hati anda. Benarkan Roh Kudus untuk menyatakan sebarang cara hidup anda yang tidak tertumpu pada menemui Allah. Akui sebarang pengejaran duniawi atau mementingkan diri dan berusahalah untuk menumpukan hidup anda pada persekutuan yang menakjubkan dan tidak terbatas dengan Bapa syurgawi anda yang baik dan penyayang.
Doa
1. Renungi kepentingan menumpukan hidup anda pada menemui Allah. Benarkan ayat Alkitab untuk mendorong hati anda untuk mengutamakan persekutuan anda dengan Pencipta anda.
“TUHAN itu baik bagi orang yang menanti-nantikan Dia, bagi jiwa yang mencari hadirat-Nya.” Ratapan 3:25
“Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.” Pengkhutbah 12:13
2. Lingkungan hidup anda yang manakah tidak tertumpu pada menemui Allah? Dalam lingkungan manakah anda menumpukan nilai, tenaga, masa, dan emosi anda pada perkara lain, bukannya pada Yesus?
“Dengan berkata demikian, adakah aku mengharapkan sokongan manusia? Tentu tidak! Aku hanya menghendaki Allah mengatakan bahawa apa yang aku lakukan itu benar. Adakah aku berusaha untuk mengambil hati orang? Jika aku masih berbuat demikian, aku bukanlah hamba Kristus.” Galatia 1:10
3. Mintalah Roh Kudus untuk menolong anda menumpukan semula hidup anda sekarang ini. Mintalah Dia untuk menunjukkan anda rupa betul-betul menumpukan hidup anda pada menemui Allah. Buatlah keputusan untuk menghargai hubungan anda dengan Allah lebih daripada segala hal yang lain.
“Kerana satu hari di dalam rumah-Mu lebih baik daripada seribu di tempat lain; aku rela menjadi penjaga pintu di Rumah Allahku daripada tinggal di khemah orang zalim. Kerana Allah TUHAN ialah matahari dan perisai; TUHAN akan memberi kasih kurnia dan kemuliaan; tiada kebaikan yang tidak dilimpahkan-Nya kepada mereka yang hidup tulus. Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, diberkatilah orang yang percaya kepada-Mu.” Mazmur 84:10-12
“Aku mengasihi orang yang mengasihi aku, sesiapa yang sungguh-sungguh mencari aku akan menemukan aku.” Amsal 8:17
Kitab
Perihal Pelan
Hidup ini ditandakan oleh satu pililhan: siapa atau apa yang menjadi tumpuan hidup kita? Pilihan ini membawa kita kepada keputusan yang membentuk siapa kita ini, perasaan kita, siapa atau apa yang dihargai, dan perkara yang akan dicapai pada akhir hayat kita. Menumpukan hidup kita pada diri sendiri atau perkara dunia ini hanya menyebabkan kemusnahan.
More