Menumpukan Hidup Anda Pada Menemui AllahSampel

Centering Your Life Around Meeting With God

HARI 4 DARIPADA 7

Buah Kesatuan

Sering kali, kerana keinginan yang betul untuk berbuat baik dan melaksanakan kerja yang memuliakan Allah, kita cuba dan memaksa penghasilan buah daripada diri kita tanpa meluangkan masa untuk berehat dan menerima nutrien yang hanya dapat diperoleh dengan bersatu dengan Bapa syurgawi kita. Ranting yang terpisah daripada pokok epal tidak dapat menghasilkan buah yang baik sebagaimana anda tidak dapat melakukan kerja yang baik tanpa bersatu dengan kasih, kasih kurnia, dan kehadiran Allah. Tanpa betul-betul menumpukan hidup kita pada menemui Allah, kita tidak mungkin menghasilkan buah yang harus dihasilkan selaras dengan tujuan penciptaan kita. Yesus mengajar kita dalam Yohanes 15:1-5,

"Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur. Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat. Kamu sudah dibersihkan oleh ajaran yang Aku ajarkan kepada kamu. Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku. Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa."

Keinginan Allah ialah agar kita bersatu dengan-Nya setiap hari. Sungguh menakjubkan! Anda dan saya boleh mencantum pada pokok anggur Bapa syurgawi yang sempurna, baik dan berkuasa setiap hari. Kita boleh bangun setiap hari, membuka hati kita kepada Allah, dan mengerjakan kesatuan yang telah diberikan kepada kita oleh pengorbanan Yesus.

Daripada berusaha untuk berbuat baik apabila kaki kita mencecah bumi, kita mesti meluangkan masa untuk dikasihi oleh Bapa syurgawi kita. Daripada mewujudkan peluang sendiri untuk melayani Allah, kita mesti membenarkan Dia untuk memimpin kita kepada kerja yang telah ditetapkan oleh Dia untuk kita. Daripada cuba memimpin orang lain kepada Yesus dengan usaha diri, kita mesti hidup secara terbuka dan jujur dengan orang lain, lalu menyatakan keinginan Allah untuk menemui orang yang remuk hati dan memerlukan Dia. Daripada hidup seolah-olah Allah membiarkan kita berbuat sesuka hati, kita mesti mengakui kesatuan kita dengan Roh Kudus pada setiap waktu, lalu membenarkan kehadiran penyayang-Nya untuk meresapi setiap sesuatu yang kita lakukan.

Yakobus 2:26 mengajar, “Tubuh tanpa roh, tubuh yang mati. Begitu jugalah, iman tanpa perbuatan, iman yang mati.” Satukan diri anda dengan pokok anggur Yesus yang menakjubkan hari ini. Tumpukan hidup anda pada menemui-Nya. Melalui kesatuan dengan Allah sahajalah iman anda akan menghasilkan kerja yang hidup, abadi, dan dipenuhi kuasa Roh Allah yang menghasilkan perubahan. Semoga anda menemui kebebasan dan kasih yang tersedia kepada anda dalam kesatuan yang berterusan dengan Bapa syurgawi anda hari ini.

Doa

1. Renungi kepentingan bersatu dengan pokok anggur. Benarkan ayat Alkitab untuk membangkitkan keinginan anda untuk berehat dalam Allah hari ini.

“Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.” Mazmur 46:10

“Aku pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap di dalam-Ku dan Aku di dalammu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan apa-apa.” Yohanes 15:5

“Kami pun memberitahu kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar, supaya kamu bersama-sama kami turut menghayati hidup bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus.” 1 Yohanes 1:3

2. Dalam lingkungan yang manakah anda berusaha untuk berbuat baik tanpa bersatu dengan kehadiran Pencipta anda? Lingkungan hidup anda yang manakah memerlukan hubungan yang lebih baik dengan kasih Allah?

3. Luangkan masa untuk berehat dalam hadirat Allah. Bersatu dengan-Nya. Jangan lihat atau fikir tentang perkara di hadapan anda sekarang ini. Ada banyak masa untuk tugas dan hubungan. Tumpukan seluruh perhatian anda pada kenyataan kedekatan Allah dan bukalah hati anda untuk menerima semua kasih-Nya bagi anda pada waktu ini.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Centering Your Life Around Meeting With God

Hidup ini ditandakan oleh satu pililhan: siapa atau apa yang menjadi tumpuan hidup kita? Pilihan ini membawa kita kepada keputusan yang membentuk siapa kita ini, perasaan kita, siapa atau apa yang dihargai, dan perkara yang akan dicapai pada akhir hayat kita. Menumpukan hidup kita pada diri sendiri atau perkara dunia ini hanya menyebabkan kemusnahan.

More

Kami berterima kasih kepada First15 kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.first15.org/