Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud bernaung kepada Tuhan, yang memerintah dengan benar dan adil daripada takhta syurgawi-Nya.
Apakah maksudnya?
Semasa melayani di istana Raja Saul, Daud menulis Mazmur ini selepas mengalahkan Goliat. Terdorong oleh kecemburuan dan kesangsian, Saul cuba membunuh Daud beberapa kali sepanjang masa itu. Semua orang menasihati Daud, "Lari!" Walaupun keadaannya adalah teruk, Daud berada di tempat yang ditempatkan oleh Allah. Sekiranya Daud melarikan diri, tindakan itu menjadi keingkaran terhadap Allah. Sebaliknya, ia meletakkan nyawanya dalam tangan Allah. Ia memilih untuk mempercayai Tuhan seperti biasa. Disebabkan Daud memilih untuk hidup secara benar, Allahnya yang benar berada di sisinya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Apakah yang membuat anda ingin berputus asa? Adakah keadaan di tempat kerja atau gereja anda merosot? Adakah kawan anda menasihati anda untuk melarikan diri sebelum keadaan bertambah teruk? Naluri pasti mendorong kita untuk melepaskan diri dengan cepat daripada apa-apa yang akan menimbulkan ketidakselesaan atau kekecewaan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang Allah mungkin memanggil anda untuk bertahan dalam situasi yang melewati logik manusia. Hanya ada satu sebab untuk anak Allah mengubah haluan – ketaatan terhadap Allah. Demikian juga, sebab utama orang Kristian kekal di tempat mereka ialah pengetahuan bahawa Allah telah menempatkan mereka di sana dan belum membebaskan mereka untuk bergerak. Walau bagaimanapun, adakah anda akan cukup mempercayai Allah untuk menempatkan arah hidup anda dalam tangan-Nya? Apakah yang diarahkan-Nya hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More