Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Tuhan bangkit untuk melindungi orang yang lemah dan serba kekurangan daripada penipu. Namun, Daud masih rasa dilupakan sementara menantikan Tuhan. Kasih Allah yang berterusan memenuhi Daud dengan pujian.
Apakah maksudnya?
Pandangan Daud bergantung pada tumpuannya. Apabila ia mendengar cakap besar musuhnya dan hanya melihat keadaannya, ia berasa Allah seolah-olah sedang bersembunyi, meninggalkannya untuk berhadapan dengan fikiran dan emosinya. Walau bagaimanapun, semasa Daud memilih untuk menumpukan perhatian pada kasih Allah dan kebolehpercayaan firman Allah, ia dipenuhi kesyukuran yang kelimpahan terhadap segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah dan akan dilakukan-Nya. Apabila tumpuan Daud berubah, demikian juga emosinya. Ia tidak dilupakan. Firman Allah boleh dipercayai, dan kasih-Nya abadi.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kita pasti akan melihat keadaan di sekeliling kita. Emosi negatif boleh menguasai anda apabila seolah-olahnya tiada kebaikan di sekeliling anda. Apabila itu berlaku, ikutlah contoh Daud – berhenti memandang di sekeliling anda dan memilih untuk memandang ke atas. Anda boleh memberikan reaksi terhadap keadaan anda ataupun memberikan reaksi terhadap Firman Allah dan kasih-Nya. Ini melibatkan lebih daripada sikap yang positif: ini melibatkan kepercayaan yang sepenuhnya dalam Dia yang boleh bekerja dengan baik sekali bagi pihak anda. Allah melihat melewati krisis yang sedang dihadapi. Apakah yang sedang dilakukan oleh Tuhan yang mungkin tidak dilihat oleh anda? Bagaimanakah Allah baik kepada anda, meskipun di tengah-tengah keadaan yang mencabar? Tuliskan tiga perkara yang anda boleh bersyukur kepada-Nya sekarang ini. Kemudian, pilihlah hari ini untuk menumpukan fikiran anda pada kasih Allah dan penjagaan-Nya terhadap anda.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More