Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Orang bodoh berkata tidak ada Allah, maka ia rosak akhlak dan tidak berbuat baik. Walau bagaimanapun orang yang benar diam dalam Tuhan dan tidak bergoyah.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini memberikan gambaran watak yang bertentangan. Orang bodoh dalam Mazmur 14 ialah orang yang kurang bermoral, bukan orang yang kurang ketajaman mental. Ia menggambarkan kenyataan bahawa setiap orang dicemari dosa dan kejahatan akan selalu timbul apabila kuasa Allah tidak diakui. Orang dalam Mazmur 15 pula berada di spektrum yang bertentangan, bertekad untuk hidup selalu dalam kehadiran Tuhan. Tiada kesan dosa dalam kata-kata atau hubungan dengan orang lain, termasuk musuhnya. Satu-satunya orang yang wataknya memadani gambaran dalam petikan ini ialah Tuhan Yesus.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kurang bermoral atau tidak bercela … kebanyakan daripada kita akan menggambarkan diri sebagai di tengah-tengah kedua-duanya. Walau bagaimanapun, Yesus tidak pernah memanggil sesiapa pun untuk menjalankan hidup Kristian yang sederhana. Sebenarnya, Dia mengajar pengikut-Nya untuk menjalankan hidup seperti yang digambarkan dalam Mazmur 15 (Mat 5-7). Bersikap tidak bercela pada pandangan Allah tidak bermaksud anda sempurna, tetapi sebagai pengikut Kristus, hidup anda harus menunjukkan sifat yang sama seperti Dia semasa Dia berada di bumi ini. Sifat yang manakah dalam Mazmur 15 perlu anda kembangkan lagi? Semasa anda mendengar Roh Kudus hari ini, buatlah keputusan untuk tidak berasa puas dengan hidup yang suam-suam kuku.
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Bangkitlah dan Bersinarlah

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
