Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 16 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Israel berdoa agar tentera mereka akan berjaya. Daud bersorak kerana kemenangan, berkat, kehadiran, dan kasih Tuhan semasa ia menyanyikan pujian kepada Allah yang memberikan mereka kekuatan.

Apakah yang dimaksudkan?

Sebelum Daud memimpin tenteranya untuk bertempur, ia memimpin mereka untuk berdoa. Kata-katanya menunjukkan cara ia mendekati pertempuran fizikal di alam rohani. Ia dengan bijaknya mengakui bahawa panji yang berkibar di hadapan tentera Israel tidak mewakili kebesarannya tetapi kebesaran Allah mereka. Kelebihan mereka dalam pertempuran berhubung secara langsung dengan nama Tuhan, bukan bilangan kuda atau rata yang diutus. Iman Daud diganjar dengan kehadiran Allah yang melindungi mereka, dan Tuhan ditinggikan, di Israel dan dalam kalangan musuh mereka.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Cabaran kehidupan adalah sama dengan pertempuran. Kadang-kadang anda mungkin rasa anda sedang bertempur di pelbagai barisan. Sebagai pengikut Kristus, biasanya kita fikir bahawa Allah berpihak kepada kita, menolong kita untuk berjaya. Walau bagaimanapun, persoalan yang sebenar ialah sama ada kita berpihak kepada-Nya. Jika anda mahu rancangan anda untuk berjaya, selaraskanlah keinginan hati anda dengan kehendak Allah. Dia sentiasa menyokong orang yang mempercayai nama-Nya dan berdiri teguh pada Firman-Nya. Satu lagi pertimbangan lain ialah sama ada anda bertempur melalui kaedah fizikal sahaja. Fikirlah tentang satu cabaran yang sedang dihadapi atau dihadapi baru-baru ini. Adakah anda berhenti untuk berdoa? Adakah anda lebih bimbang tentang cara isu itu akan mempengaruhi anda atau bagaimana Allah akan dimuliakan melaluinya? Sebelum menangani masalah seterusnya, ingatlah bahawa memenangi pertempuran bermula dengan bertelut.

Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org