Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud memilih nasihat dan warisan Tuhan daripada allah yang lain.
Apakah maksudnya?
Semasa melarikan diri daripada Saul, Daud mempunyai dua peluang untuk membunuh Saul tetapi ia tidak berbuat demikian. Dua kali itu, Saul berundur sementara. Berkemungkinan semasa tempoh keredaan ini, Daud menuliskan mazmur ini. Sebagai raja yang diurapi, Daud boleh menaiki takhta Israel. Sesetengah pihak mencadangkan bahawa ia mencari jawapan dengan mempersembahkan korban kepada allah yang lain, tetapi meninggalkan Tuhan cuma menambahkan kesedihannya. Daud memilih untuk mengikuti nasihat Tuhan, meskipun menderita dalam perjalanan ke takhtanya. Allah tidak meninggalkan Daud, dan ia tidak meninggalkan Tuhannya. Kesukaran telah menyedarkan Daud bahawa tiada yang baik baginya tanpa Tuhan.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Hidup jarang berjalan seperti yang difikirkan semasa zaman remaja kita. Hidup terjadi. Apakah rancangan yang gagal, mengecewakan anda? Sama ada anda berasa puas hati bergantung pada perspektif anda bukannya keadaan sebenar anda. Adakah anda menumpukan perhatian pada apa yang belum diberikan oleh Allah ataupun pada apa yang telah dilakukan-Nya dengan penuh kasih kurnia? Hanya penghiburan dan kekuatan Tuhan boleh membawa kepuasan kekal, walau apa pun masalah yang melanda anda. Adakah anda akan menyertai Daud untuk mengatakan, “Engkaulah Tuhanku; tiada yang baik bagiku selain Engkau”?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More