Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 6 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Nama Tuhan adalah lebih agung daripada mana-mana nama yang lain di dunia ini, dan patut dipuji. Memandangkan kebesaran ciptaan Allah – mengapakah Dia memberikan manusia kemuliaan, kehormatan, dan pemeliharaan?

Apakah maksudnya?

Walaupun Daud ternampak sepintas lalu keluasan alam semesta kita, ia berasa kecil semasa memandang dunia di sekelilingnya dan merenungkan Allah yang telah mencipta semuanya dengan teliti dan ketepatan. Namun, Allah yang mengagumkan ini telah mencipta manusia, memberikan mereka kekuasaan ke atas seluruh ciptaan-Nya, dan memberikan perhatian terhadap hidup mereka. Antara semua makhluk hidup yang dicipta-Nya, mengapakah Allah menumpukan perhatian pada manusia? Tidak seperti burung, ikan dan anak domba, manusia telah dicipta menurut rupa Allah. Manusia sahaja yang berupaya menjalinkan hubungan dengan Tuhan, memberikan lebih daripada cukup sebab untuk mengakui kemuliaan-Nya dan memuji nama-Nya yang agung dan mulia.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Semakin lama anda dikelilingi sesuatu, semakin cenderung anda membuat anggapan. Bergantung pada tempat tinggal anda, anda mungkin melihat pemandangan gunung yang indah, dataran yang luas, atau lautan di ufuk. Walau bagaimanapun, bilakah kali terakhir anda berhenti untuk merenungkan apa yang dilihat itu? Rancanglah masa pada minggu ini untuk menaiki bukit, menyaksikan matahari terbit atau terbenam, atau melihat bintang. Apabila anda sampai ke destinasi anda, baca Mazmur 8 sebagai penyembahan. Anda berkemungkinan besar meninggalkan tempat itu dengan kekaguman yang baru dan penghargaan yang diperbaharui akan hubungan anda dengan Allah kita yang mengagumkan.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org