Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 HariSampel

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

HARI 5 DARIPADA 5

Hadiah yang Terbaik

Luangkan masa untuk membayangkan hidup anda jika Allah tidak pernah mengutus Anak-Nya ke dunia ini. Fikirlah tentang perasaan anda jika anda hidup tanpa janji hidup yang kekal, atau hubungan dengan Allah. Fikirlah bagaimana ia akan mempengaruhi hubungan anda, imej kendiri anda, dan visi anda untuk masa depan. 

Disebabkan oleh janji Krismas, itu tidak akan menjadi kenyataan. 

Kelahiran Yesus merupakan penyataan fizikal kasih Allah yang berlimpah-limpah terhadap bangsa manusia. Kita tidak perlu hidup tanpa Penyelamat kita kerana Allah telah mengutus Anak-Nya untuk menyertai kita.

Walau betapa sibuk atau sukar pun musim ini, kami mengundang anda untuk mengalami pencurahan kasih Allah yang baru. Luangkan masa untuk merenungkan maksud kelahiran Yesus bagi anda. Apabila anda sudah bersedia, ucaplah doa berikut.

Doa untuk Kasih:

Allah, 

Terima kasih kerana Engkau sangat mengasihi saya sehinggakan Engkau mengutus Anak-Mu untuk saya, meskipun sebelum saya mengasihi-Mu.

Melalui kasih-Mu yang penyayang dan abadi saya berupaya memahami mengapa Krismas adalah penting. 

Ingatkan saya untuk merenungkan hadiah Anak-Mu menjelang Krismas. 

Ubahlah saya menjadi seseorang yang mengasihi orang lain sebagaimana Engkau mengasihi saya. 

Tunjukkan kepada saya bagaimana untuk terus berjalan dalam kasih-Mu, kasih sempurna yang melenyapkan perasaan takut.

Saya sayang-Mu, Tuhan.

Dalam nama Yesus,

Amin.

Hari 4

Perihal Pelan

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.