Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 HariSampel

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

HARI 3 DARIPADA 5

Janji Kedamaian

Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan." Lukas 2:10-11 BM

Dalam empat bab pendek yang mengisahkan cerita Krismas dalam Alkitab, "janganlah takut" dinyatakan lima kali. 

Waktu kelahiran Yesus bukanlah waktu yang aman. Wujud ketegangan hubungan antara Maria dengan Yusuf. Pergolakan politik berlaku. Dunia berpecah belah dan amat memerlukan seorang Penyelamat. Rasa-rasa kenal? 

Kelahiran Yesus merupakan salah satu langkah yang paling penting dalam rancangan Allah untuk menebus dunia ini. Ketibaan Yesus merupakan suatu mata arah. Ia merupakan permulaan yang terhasil daripada sesuatu yang kelihatan seperti penamat terdesak yang suram. 

Allah telah mengutus Anak-Nya kepada kita kerana Dia mahu kita untuk mengalami kedamaian sempurna-Nya. Sekarang ini, berhenti sejenak dan berfikir tentang lingkungan kehidupan anda yang anda perlu meminta Allah agar menenangkan hati anda, seperti yang dilakukan-Nya untuk Maria, Yusuf, dan para gembala pada masa lalu. 

Doa untuk Kedamaian:

Allah, 

Terima kasih kerana Engkau telah mengutus Anak-Mu, Raja Damai.

Lindungi hati dan fikiran saya dengan kedamaian-Mu pada Krismas ini. Engkau mengetahui hal yang membebankan saya dengan kebimbangan, kegelisahan, atau ketakutan.

Tolonglah saya untuk menetapkan fikiran saya pada-Mu, dan tolonglah saya untuk mengakui kehadiran kasih-Mu yang nyata. 

Terima kasih Allah kerana Engkau mengambil berat terhadap saya, dan kerana Engkau menyertai saya dalam pergelutan saya. Engkau tidak memberikan saya roh yang menjadikan saya penakut, sebaliknya Engkau memberikan saya hidup dan kedamaian.

Tolonglah saya untuk menyerahkan ketakutan saya kepada-Mu dan mempercayai-Mu dengan sepenuh hati saya pada musim ini.

Dalam nama Yesus, 

Amin.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.