Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 HariSampel

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

HARI 2 DARIPADA 5

Sececah Harapan

Bayangkan malam sunyi yang gelap dan anda berada di padang dikelilingi domba. Tiba-tiba, sepasukan besar malaikat muncul dan mengumumkan bahawa setelah menunggu selama 400 tahun, harapan dunia sudah tiba—seorang bayi yang digelar Imanuel, "Allah menyertai kita." 

Memanglah mudah untuk menumpukan perhatian pada keadaan atau pengalaman yang sukar, terutamanya selepas cabaran tahun lalu. Namun, Adven memberikan kita peluang untuk merenungkan janji Allah dan menumpukan pandangan kita pada Yesus. 

Musim ini bertindak sebagai peringatan bahawa kita mempunyai akses kepada harapan yang sama yang telah diberikan kepada para gembala pada masa lalu—dengan kesedaran bahawa Allah alam semesta membongkok untuk mendengar seruan kita dan menyembuhkan hati kita. 

Walau betapa kuat atau menakutkan pun kegelapan itu, kita boleh mempercayai bahawa ada kepastian dalam janji yang tertulis dalam Firman Allah. Luangkan masa untuk berhenti sejenak dan memikirkan kesetiaan Allah semasa kita bersandar pada harapan pada musim ini.

Doa untuk Harapan:

Allah, 

Semasa kita mendekati Krismas, tolonglah saya untuk berhenti sejenak dan mengingati segala sesuatu yang telah Engkau lakukan dalam hidup saya, keluarga saya, dan komuniti saya. 

Saya memuji-Mu kerana Engkau ialah Allah yang menyelamat. Saya bersyukur kepada-Mu kerana saya berharap kepada-Mu, bukan pada keadaan atau orang lain.

Disebabkan saya berharap kepada-Mu, saya yakin bahawa Engkau akan menggenapi janji-Mu. Ingatkan saya hari ini tentang hal yang betul-betul penting. Tolonglah saya untuk melihat bagaimana Engkau sedang bekerja di tengah-tengah penantian saya. 

Dekatkan saya kepada-Mu pada Krismas ini, dan menyiapkan hati saya untuk penggenapan janji-Mu.

Dalam nama Yesus,

Amin. 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.