Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 HariSampel

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

HARI 1 DARIPADA 5

Menantikan Krismas

Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai.” Yesaya 9:5 BM

Apakah yang anda cari pada Krismas ini? Barangkali anda cuba memproses suatu keputusan yang susah, dan memerlukan seorang Penasihat Bijaksana. Barangkali anda rasa tidak berdaya, dan mencari Allah Perkasa. Barangkali anda tidak dapat menemui keluarga anda pada Krismas ini, dan anda memerlukan Bapa Kekal. Barangkali fikiran anda bercelaru, dan anda amat memerlukan Raja Damai. 

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian pada tujuan sebenar Krismas … tetapi tidak perlu sebegitu. 

Adven bertindak sebagai musim penantian dan renungan yang membawa kepada Krismas. Diterjemahkan daripada bahasa Latin original, Adven bermaksud ketibaan, pendekatan, atau kedatangan yang penting. Ia merupakan waktu mengingati segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah dan penantian apa yang akan dilakukan-Nya. 

Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Kita dapat mendekati Allah yang perkasa, penasihat dan kedamaian yang kekal kerana Dia telah mengutus Anak-Nya untuk menjadi Imanuel, "Allah menyertai kita." Kita menanti dengan penuh jangkaan untuk kedatangan semula Penyelamat kita, sebagaimana orang Israel tidak sabar-sabar lagi menunggu penggenapan nubuatan Perjanjian Lama tentang Mesias. 

Harapan kami adalah Pelan ini akan membantu anda menumpukan perhatian pada maksud sebenar Krismas. Setiap hari, kita akan menerokai satu tema penentu Adven: harapan, kedamaian, sukacita, dan kasih. 

Sertai kami untuk menyediakan hati anda untuk kedatangan Penyelamat kita.

Hari 2

Perihal Pelan

Anticipating Christmas: A 5-Day Advent Plan

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.