Menantikan Krismas: Pelan Adven 5 HariSampel

Sukacita yang Menantikan Kita
Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu. Matius 2:10-11a BM
Sukacita: keyakinan yang dipenuhi pujian bahawa Allah itu berkuasa dan mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi kita dan kemuliaan-Nya.
Mungkinlah sukar untuk mengalami sukacita pada waktu menjelang Krismas. Waktu cuti bolehlah menekankan, sibuk, sepi, atau menyakitkan.
Namun, sukacita yang diwakili oleh ketibaan Yesus tidaklah bersyarat atau sekejap sahaja. Ia lama bertahan dan tidak goyah. Ia adalah sukacita yang bergerak melewati batasan dunia.
Kelahiran Yesus bukanlah ketibaan diraja yang dijangka oleh kita. Walau bagaimanapun, ia telah mengubah segala sesuatu. Dengan sekelip mata, Anak Allah menjadi "Allah menyertai kita"—dan lebih daripada 2,000 tahun kemudian, dunia kita yang letih masih bersukacita.
Hari ini, kami mengundang anda untuk bersukacita dalam ketakjuban kelahiran Yesus.
Doa untuk Sukacita:
Yesus,
Terima kasih kerana Engkau telah menjadi Imanuel, Allah menyertai kita. Disebabkan oleh Engkau, saya boleh mengalami sukacita yang sebenar.
Engkau layak menerima segala kemuliaan, penghormatan, dan kuasa—dan walau apa pun yang saya hadapi, saya akan memilih untuk memuji-Mu.
Tolonglah saya untuk menganggap diri saya berbahagia apabila mengalami cubaan kerana saya sedar Engkau sedang membentuk sesuatu yang indah dan abadi.
Allah, ingatkan saya untuk berlindung kepada-Mu dan bersukacita. Penghiburan-Mu memberikan saya harapan yang baru dan kegembiraan. Dalam hadirat-Mu ada sukacita yang berlimpah-limpah!
Disebabkan ketibaan-Mu yang hina lebih daripada 2,000 tahun lalu, saya berupaya mengalami sukacita hadirat-Mu selama-lamanya. Terima kasih Yesus.
Dalam nama Yesus,
Amin.
Perihal Pelan

Acap kali, cuti berlalu sebelum kita sempat menumpukan perhatian untuk menyiapkan hati kita untuk Krismas. Adven adalah cara kita mengingati bahawa Allah telah datang untuk menyertai kita, masih menyertai kita, dan akan datang lagi. Sepanjang 5 hari seterusnya, kita akan meneliti empat tema Adven: harapan, kedamaian, kasih, dan sukacita.
More
Pelan yang Berkaitan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Bangkitlah dan Bersinarlah
