Jalan KerajaanSampel

The Way of the Kingdom

HARI 4 DARIPADA 5

Kedamaian Semasa Penganiayaan, Tidak Mengenal Takut Semasa Penderitaan

Setiap orang percaya akan menghadapi pelbagai penganiayaan dan tentangan semasa mengerjakan panggilan Allah. Ini bukanlah perkara yang baru. Penganiayaan orang Kristian wujud sejak permulaan Gereja. Pengalaman kita di dunia sekarang ini ialah tanda kemajuan Kerajaan Allah. Tiada antara ini mengejutkan Allah. Yesus menjangka ini bagi diri-Nya, dan Dia tahu kita juga akan menghadapi masalah dan kesengsaraan dalam dunia ini; oleh itu, Dia menyediakan setiap keperluan kita ketika itu dengan mencurahkan Roh-Nya.

Memandangkan ini, kita tidak menanya jika penderitaan dan penganiayaan akan datang. Penderitaan dan penganiayaan pasti akan melanda. Soalannya ialah bagaimana kita harus memberikan respons. Adakah kita bersembunyi dalam lubang, membenamkan kepala dalam pasir atau berundur daripada hidup ini? Adakah kita bersikap mempertahankan diri, merancang balas dendam dan hidup dengan penetapan minda kita-atau-mereka? Tidak. Ini bukanlah jalan Kerajaan Allah.

Kita hidup dalam Kristus, dan Kristus, Raja Damai, hidup dalam kita melalui kurnia Roh Kudus. Kedamaian Kristus membolehkan kita untuk berjalan dalam kuasa yang telah diberikan oleh Allah untuk tetap berdiri, tidak akan berganjak dan tidak goyah, berakar berumbi dalam Yesus, sementara dunia ini bergoncang dan bergetar. Kita berupaya berbuat demikian kerana kita mengetahui bahawa keabadian kita terjamin, dan kuasa kita adalah pasti. Allah memihak kepada kita. Kedamaian Kristus adalah lebih berkuasa daripada penganiayaan di sekeliling kita.

Sebagai pengikut Kristus, kita harus menyerahkan hidup kita secara rela demi Kerajaan. Kita mesti ke tempat di mana kita rela berkorban. Semangat pemeliharaan diri boleh mendorong orang untuk membuat keputusan yang menjejaskan nilai moral dan integriti peribadi. Mereka tidak melakukan hal yang diketahui adalah betul, ataupun mereka rasa terpaksa melakukan hal yang tidak mungkin dilakukan dalam keadaan biasa. 

Dosa telah diampunkan. Kematian telah ditewaskan. Iblis telah digulingkan. Roh Kudus telah dicurahkan. Kerajaan Allah bergerak maju. Yesus telah menjamin kemenangan, menjanjikan hidup kekal, memberikan kedamaian-Nya dan mengeluarkan panggilan serta amanat. Bolehkah kita tidak gentar meskipun ketika penderitaan dan penganiayaan?  



Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Way of the Kingdom

Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395661