Jalan KerajaanSampel

The Way of the Kingdom

HARI 3 DARIPADA 5

Konflik Tidak Dapat Dielakkan

Setiap tindakan Allah ditentang oleh musuh. Iman tanpa tentangan itu tidak wujud. Tiada kebangkitan tanpa tentangan. Kebangkitan sentiasa mengganggu status quo, dan membongkar kerja kegelapan dalam kehidupan individu, kumpulan, kerajaan dan negara. Ini berlaku kerana Kerajaan Allah merupakan garis pemisah. Tiada orang yang dapat berdiri dengan satu kaki dalam dunia dan satu kaki dalam Kerajaan pada masa yang sama. Raja Kerajaan mahu merampas kegelapan banduan-Nya, sementara iblis ingin menghalang Dia dan menambahkan kegelapan.

Yesus memberitahu kita bahawa orang yang terkecil dalam kerajaan syurga lebih besar daripada Yohanes Pembaptis (lihat Matius 11:11). Apakah maksudnya? Yesus berkata kita berkuasa dan berwibawa sebagai anak Allah melalui Roh Kudus, tetapi Dia juga mengingatkan kita bahawa konflik tidak dapat dielakkan. Apabila Kerajaan sampai, Kerajaan itu membawa kerajaan yang baru dan umat perjanjian yang baru yang diperintah oleh Raja yang baru.

Yesus memahami bahawa menjalankan kehidupan yang benar di dunia yang dikuasai oleh iblis dan kegelapan bermakna hidup bertentangan dengan ketepatan politik dan kelaziman budaya. Ini akan mengakibatkan penganiayaan. Apabila Yesus memberitahu kita bahawa Kerajaan Allah diserang oleh orang yang ingin menguasainya melalui kekerasan dan keganasan (lihat Matius 11:12), Dia mengakui pola tindakan dan respons. Pola ini ditemui sepanjang Alkitab. Allah mula bergerak, dan musuh menentang dan melawan apa yang dilakukan oleh Dia. Demikianlah keadaannya sejak permulaannya.

Keganasan berterusan di dunia ini sehingga Kerajaan Allah merealisasi sepenuhnya. Akhirnya, keturunan perempuan—Yesus Kristus—dan semua orang yang mempercayai Kristus akan menang. Sehingga masa itu, Kerajaan Allah mara dengan bersemangat. 

Kita perlu melakukan apa yang dilakukan oleh Yesus dengan menunjukkan Injil dan menggulingkan kegelapan. Ya, konflik tidak dapat dielakkan. Namun, kemenangan terjamin.  


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Way of the Kingdom

Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395661