Jalan KerajaanSampel

The Way of the Kingdom

HARI 5 DARIPADA 5

Anda Ialah Cahaya Bagi Dunia

Kita sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan budaya kita. Kita melihat simptomnya: rasisme, perpecahan, keganasan, perdagangan seks, ketagihan, kesepian, dsb. Kita mencari makna dan tujuan, tetapi menemui disfungsi, kekecewaan dan kehampaan. Kita memandang pemimpin kerajaan mengharapkan keadilan dan keselamatan daripada kemiskinan serta belenggu.

Budaya kita telah menjadi narsistik dan rasa berhak. Dengan kata lain, dunia kita mengasihi diri sendiri. Kasih terhadap diri sendiri tidak dapat menyembuhkan penyakit kemanusiaan, kerana kasih terhadap diri tidak dapat mendengar dan memberikan respons terhadap ratapan, tidak memberikan penghiburan semasa menderita, tidak hadir dalam kesedihan dan kesepian, tidak dapat dipercayai semasa bermasalah, tidak menjadi sauh semasa tidak ada harapan lagi atau merapatkan perpecahan. Kasih terhadap diri sendiri tidak memberikan belas kasihan, kebaikan, komuniti atau kelegaan. Sikap menahan diri, keras kepala, keyakinan diri dan pengorbanan diri tidak memadai. Visi dan semangat tidak mencukupi. 

Benar, kasih yang mengorbankan diri mesti menjadi motivasi dan dasar. Kasih ini mengetepikan semua kasih yang lain—kasih terhadap diri, kasih terhadap kemasyhuran, kasih terhadap kejayaan, kasih terhadap wang, kasih terhadap kuasa dan kasih terhadap keseronokan. Tanpa kasih yang penuh semangat terhadap Allah dan orang lain, kita tidak dapat menyangkal diri atau mengetepikan kasih terhadap diri sendiri. Apabila kita memiliki kasih yang betul-betul benar dan bersemangat terhadap Allah barulah kita dapat berkorban demi orang lain secara rela dan tanpa menaruh dendam.

Kasih korban Kristus dalam dan melalui kita merupakan penawar kepada penyakit yang menjangkiti budaya kita. Kasih Kristus mesti menjadi motivasi yang mendorong kita untuk menjadi umat Kerajaan yang memberikan respons menurut jalan Kerajaan. Apabila kita mengasihi seperti Yesus, kita rela berkorban seperti Dia.

Kita didorong oleh kasih tersebut, diperkasakan oleh kasih kurnia, dan mengerjakan iman yang agresif dalam pertempuran Kerajaan menentang kuasa kegelapan yang memperhambakan manusia. Kita menjalankan gaya hidup Kerajaan seperti yang diamalkan oleh Yesus. Yesus dan Injil-Nya ialah jawapannya. Kita, umat-Nya, memiliki penawarnya.

Anda ialah cahaya bagi dunia dan garam dunia. Anda dipenuhi Roh Kudus yang akan membolehkan anda untuk melaksanakan tugas anda. Medan misi anda ialah keluarga, kejiranan dan kota anda. Ke mana pun anda pergi, ada orang yang menunggukan penyembuhan, pembebasan, didorong oleh Firman Allah dan dibawa ke Kerajaan melalui keselamatan. Adakah anda akan memainkan peranan anda untuk melayani Raja dan memajukan Kerajaan-Nya? 

Kami telah mengadaptasi pelan ini daripada sumber yang lain, ketahui lebih lanjut di http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395660



Hari 4

Perihal Pelan

The Way of the Kingdom

Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395661